
Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP). Untuk berita baik pada rakyat Malaysia terutamanya pada mereka yang mempunyai anak di awal persekolahan nanti, Menerusi Belanjawan 2025 yang telah berlangsung, kerajaan sekali lagi bersetuju untuk meneruskan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi tahun 2025.
Bantuan ini diberikan lebih awal adalah bagi membolehkan anak-anak mempersiapkan dengan kelengkapan sekolah bagi sesi yang akan datang.

Bantuan yang disalurkan ini telah memberi manfaat kepada seramai 4,680,085 orang murid diseluruh negara.
Sebelum ini, Jumlah bantuan ini yang akan diberikan adalah sebanyak RM150 bagi setiap murid.

Syarat Kelayakan
Syarat Kelayakan bagi bantuan ini adalah :
- Murid mestilah warganegara Malaysia.
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 yang setaraf dengannya
- Murid yang bersekolah di :
- Sekolah Kerajaan (SK)
- Sekolah Bantuan Kerajaan ( SBK)
- Sekolah Agama
- Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerjaan (Kecuali sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat)
- Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
- Sekolah Integriti
- Sekolah Henry Gurney
- MAktab Rendah Sains MARA
- Maktab Tentera Diraja
Tarikh Pembanyaran Bantuan Awal Persekolahan 2025
Sebelum ini pembayaran di buat bermula pada bulan Januari dan terus disalurkan ke akaun sekolah
Bagi tahun 2025, pihak KPM akan memaklumkan tarikh pembayaran bantuan tersebut.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Bantuan Awal Persekolahan 2025, layari terus laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sini – https://www.moe.gov.my/