
Berita baik buat warga Selangor untuk Anak Orang kurang Upaya (OKU), kini berpeluang untuk mendapatkan bantuan khas daripada Kerajaan Negeri Selangor menerusi Iltizam Anak Istimewa Selangor iaitu Bantuan Khas Anak istimewa Selangor (ANIS) 2024.
Apa Itu ANIS ?
ANIS adalah singkatan dari Anak Istimewa Selangor iaitu satu program diberikan untuk anak istimewa Selangor yang telah diperkenalkan sejak tahun 2018.
Program ANIS ini diwujudkan bagi memperkasakan barisan ibu bapa dan penjaga, para pendidik, pengusaha institusi dan badan kebajikan anak-anak-anak istimewa di selangor seterusnya dapat memperdayakan anak-anak istimewa, ibubapa dan penjaga dan para pendidik untuk lebih mampan dalam menempuhi dunia cabaran ini.
Bantuan Khas ANIS ini juga adalah bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu ibu bapa dan penjaga anak istimewa untuk menampung kos pendidikan, terapi, peralatan dan ubat-ubatan yang diperlukan oleh anak istimewa tersebut.
Tarikh Permohonan Bantuan Khas ANIS 2024
Tarikh bagi permohonan Bantuan Khas ANIS 2024 ini akan dibuka bermula 17 MEI sehingga 31 MEI 2024.

Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan bagi Bantuan Khas ANIS 2024 ini adalah :
- Warganegara Malaysia
- Ibu/bapa/penjaga hendaklah pengundi Negeri Selangor
- Anak hendaklah berumur dibawah 18 tahun (mengikut tahun semasa)
- Anak mestilah mempunyai Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Penjaga merupakan ibu bapa angkat yang sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkutan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973.
Kaedah Membuat Permohonan
Bantuan Khas ANIS 2024 ini boleh dibuat melalui langkah-langkah berikut :
- Daftar melalui laman web – https://www.anisselangor.com/bantuananis
- Cetak borang permohonan dan terus hantar bersama dokumen sokongan yang diperlukan secara fizikal di Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS atau pejabat Khidmat Masyarakat.
- Semak status permohonan di sini – https://www.anisselangor.com/bantuananis
- Keputusan permohonan akan dikemukakan kepada pemohon yang berjaya.

Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah :
- Salinan Kad Pengenalan pemohon (Ibu/Bapa/Penjaga)
- Salinan Sijil Kelahiran anak
- Sijil perakuan Anak angkat (jika berkaitan)
- Salinan Kad OKU (jika ada) atau surat Pengesahan Diagnosis daripada Doktor Pakar Perubatan Keluarha (jika tidak mempunyai kad OKU)
- Dokumen sokongan mengikut kategori bantuan permohonan :
-Kategori A
a) Surat tawaran atau pengesahan belajar di pusat terapi.
b) Sebut harga sesi pengajian/terapi di pusat terapi.
c) Penyata akaun bank pusat terapi.
-Kategori B
a) Salinan surat preskripsi doktor berkenaan peralatan/barangan/ubatan yang dipohon (beserta spesifikasi Khusus sekiranya ada).
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Bantuan Khas ANIS 2024, sila layari laman web ANIS yang rasmi disini – https://www.anisselangor.com/