
Permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia Tahun 2024. Yayasan Bursa Malaysia merupakan salah satu badan yang komited dalam menyokong perkembangan pendidikan di Malaysia. Bagi tahun 2024, Yayasan Bursa Malaysia sekali lagi membuka peluang kepada pelajar yang layak untuk memohon biasiswa bagi menyokong pengajian mereka di institusi pengajian tinggi.
Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia bertujuan untuk membantu pelajar yang berpotensi tinggi tetapi kurang berkemampuan dari segi kewangan untuk melanjutkan pengajian mereka di peringkat ijazah pertama. Melalui biasiswa ini, Yayasan Bursa Malaysia berharap dapat melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga mempunyai keupayaan kepimpinan dan kesedaran sosial yang tinggi.

Syarat Kelayakan
Syarat Kelayakan yang ditetapkan bagi Permohonan biasiswa ini adalah :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 22 tahun ke bawah pada tarikh permohonan
- Pendapatan keluarga kurang daripada RM5,000 sebulan
- Layak melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Di mana-mana Universiti Awam terpilih
- Kelayakan Pengajian :
- STPM minimum 2A Dan 2B
- A-Level minimum 2A Dan 2B
- Matrikulasi dengan CGPA 3.50 ke atas
- MUET sekurang-kurangnya band 4
- Kredit Matematik Dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau O-Level
- Aktifkan di alam ko-kurikulum atau sukan serta berdaya kepimpinan
- Perwatakan menarik

Cara Mohon Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia
Bagi mereka yang ingin membuat Permohonan’, anda boleh ikuti langkah seperti berikut :
- Layari laman web rasmi disini – https://www.bursamalaysia.com/about_bursa/sustainability/yayasan-bursa-malaysia/scholarship?fbclid=IwY2xjawE7ptBleHRuA2FlbQIxMAABHRghIDhie3dkDiSmgMc33eGc0GwAu2UXlqyM7x88Akn66LW6bx1mj6AyXA_aem_TPbF52L-acp5S3yjLaWpew
- Muat turun borang permohonan
- Isi borang Permohonan’ dengan lengkap
- Hantar Borang Permohonan’ ke alamat emel scholarships@bursamalaysia.com atau ke alamat berikut :
Bursa Malaysia Berhad, Yayasan Bursa Malaysia
11th Floor, Exchange Square,
Bukit Kewangan,
50200 Kuala Lumpur.
Pertanyaan Lanjut
Segala persoalan atau pertanyaan Lanjut berhubung biasiswa ini, sila ajukan kepada Cik Syazlin di talian 03-20347409