
Permohonan Biasiswa Yayasan UEM Wira Schoarship 2024. Biasiswa Yayasan UEM Wira Scholarship adalah salah satu biasiswa yang diberikan kepada pelajar STPM/MatrikulasiAsasi bagi memperolehi ijazah sarjana muda di universiti atau IPTA tempatan terbaik di dalam negara.
Kini yayasan UEM menawarkan peluang kepada pelajar prasiswazah bagi mendapatkan biasiswa tersebut.

Syarat Umum Biasiswa Yayasan UEM Wira Schoarship
Syarat umum untuk pemohon yang ingin memohon biasiswa ini adalah :
- Pemohon adalah warganegara Malaysia
- Mahir dalam berbahasa Inggeris
- Bersemangat tinggi yang komited pada pembangunan diri
- Cemerlang dan memiliki kemahiran komunikasi dan interpersonal yang cemerlang
- Memegang jawatan kepimpinan di sekolah atau universiti
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan biasiswa ini adalah :
- Mendapat keputusan STPM/Matrikulasi/Asasi : PNGK minimum 3.5

Cara Mohon Permohonan Biasiswa Yayasan UEM Wira Schoarship
Untuk pemohon yang berminat untuk membuat permohonan biasiswa ini, pemohon boleh mengikuti langkah-langkah seperti berikut :
- Layari laman web rasmi disini – https://www.uem.com.my/yayasanuem_scholarship.aspx
- Klik butang “Apply Now”
- Klik bahagian “Register Now” diikuti dengan memasukkan maklumat diri dan klik butang “Continue”
- Isi maklumat pendaftaran akaun dan klik butang “Register”
- Log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan
- Buat permohonan sehingga selesai
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Yayasan UEM Wira Scholarship, sila layari laman web – https://www.uem.com.my/