
Borang BE – Cara Isi Borang BE Secara Online. Borang BE adalah borang istihar pendapatan bagi individu yang tidak menjalankan perniagaan. Pendapatan individu berkenaan adalah hasil daripada hasil gaji yang diterima bagi setiap bulan.
Borang BE juga merujuk kepada borang cukai pendapatan individu pemastautin di Malaysia. Setiap warganegara Malaysia atauj pemastautin yang mempunyai pendapatan perlu untuk mengisi borang ini dan mengemukakannya kepada Lembaga Hasil Dalam negeri Malaysia (LHDN) bagi setiap tahun.
Individu Yang perlu Isi Borang BE
Individu yang memenuhi syarat berikut perlu untuk mengisi Borang BE :
- Warganegara Malaysia / individu pemastautin
- Tidak menjalankan perniagaan (bagi mereka yang menjalankan perniagaan, Borang BE perlu disi)
- Mempunyai pendapatan yang dikenakan cukai dalam tahun taksiran
Cara Mengisi Borang BE Secara Online
Ikuti langkah-langkah seperti berikut :
Langkah 1 : Daftar dan Dapatkan Sijil Digital
- Layari laman web rasmi MyTax disini – https://mytax.hasil.gov.my/
- Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik “Hantar” (Sekiranya anda belum mempunyai sijil digital anda akan menerima mesej seperti gambar di bawa)
- Anda perlu memohon sijil digital jika tidak mempunyai, sama ada melalui e-CP55D atau e-KYC
- Setelah pendaftaran berjaya, pautan pengaktifan akan dihantar ke emel anda.

Langkah 2 : Log Masuk Ke Sistem MyTax
- Masukkan No. Kad Pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan bagi log masuk ke sistem

Langkah 3 : Pilih Borang e-BE
- Setelah log masuk, pada menu utama, klik pada e-Form atau e-Filing
- Pilih borang yang sesuai untuk tahun taksiran yang anda isi, iaitu Borang BE untuk individu yang tidak menjalankan perniagaan
- Klik pada Borang BE untuk memulakan pengisian borang
Langkah 4 : Isi Pendapatan Tahun Taksiran
- Pada bahagian Pendapatan Berkanun, masukkkan semua sumber pendapatan anda untuk tahun taksiran. Ini termasuk :
- Pendapatan dari gaji : Jumlah gaji kasar, bonus, elaun, dan komisen
- Pendapatan lain : Pendapatan dari sewaan hartanah, faedah dan pelaburan (sekiranya ada)
- Pastikan anda merujuk kepada Penyata EA yang diberikan oleh majikan anda untuk memastikan jumlah yang tepat
- Jika anda mempunyai pendapatan dari sumber lain (Cth : Faedah bank atau dividen), pastikan semuanya dilaporkan
Langkah 5 : Tuntut Pelepasan Cukai
Untuk bahagian ini, anda bole memasukkan jumlah layak untuk pelesan cukai. Antara pelepasan yang boleh dituntut termasuk :
- Pelepasan Individu dan Anak : RM9,000 untuk individu
- Pelepasan Suami/Isteri : Jika anda menanggung pasangan yang tiada pendapatan
- Pendidikan Anak : Pelepasan untuk yuran pengajian anak di institusi pendidikan tinggi
- Perubatan Ibu Bapa : Perbelanjaan perubatan yang anda tanggung untuk ibu bapa
- Pembelian Buku/Komputer : Pelepasan untuk pembelian bahan bacaan atau peralatan komputer
- Insurans : Pelepasan untuk premium insurans hayat dan perubatan
Langkah 6 : Masukkan Rebat Cukai (Jika Layak)
Bagi individu yang layak, antara contoh rebat termasuk :
- Zakat : Jumlah bayaran zakat yang dibayar boleh dituntut sebagai rebat
- Rebat Pembayar Cukai : Jika pendapatan bercukai anda tidak melebihi RM35,000 atau boleh menuntut rebat cukai sebanyak RM400
Langkah 7 : Semak Semula dan Hantar Borang
- Setelah semua maklumat dimasukkan, semak semula borang anda dengan teliti untuk memastikan tiada kesilapan
- Nada boleh menggunakan kalkulator automatik yang disediakan dalam sistem e-Filing bagi mengetahui anggaran jumlah cukai yang perlu untuk dibayar atau bayaran balik yang layak diterima
- Jika semuanya betul, klik “Hantar” untuk menghantar Borang BE anda secara rasmi
- Simpan salinan borang yang telah dihantar untuk rujukan pada masa hadapan
Langkah 8 : Pembayaran Cukai (Jika Ada)
Jika selepas menghantar borang, anda dikehendaki membuat bayaran cukai tambahan, anda boleh membuat bayaran melalui pelbagai saluran, antaranya :
- FPX (Perbankan Internet)
- Cek atau kiriman wang
- Pembayaran di kaunter LHDN atau bank yang dilantik
Langkah 9 : Cetak Bukti Penghantaran
Selepas menghantar borang, pastikan anda mencetak atau menyimpan resit penghantaran e-Filing sebagai bukti bahawa anda telah mengemukakan Borang BE.
Tarikh Akhir Penghantaran Borang BE
Pastikan anda mengemukakan Borang BE sebelum atau pada :
- 30 April untuk penghantran manual.
- 15 Mei untuk penghantaran melalui e-Filing
Maklumat Lanjut
Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai Borang BE, sila rujuk nota penerangan yang disediakan oleh LHDN berikut :