
Cara Mendapatkan Emote Ejen Ali Di MLBB. Mobile Legends Bang Bang (MLBB) sering kali berkolaborasi dengan pelbagai francais terkenal untuk memberikan pengalaman yang menarik kepada pemain. Salah satu kolaborasi menarik adalah dengan Ejen Ali, siri animasi popular dari Malaysia. Kolaborasi ini telah memperkenalkan pelbagai kandungan eksklusif, termasuk emote khas yang bertemakan Ejen Ali. Berikut adalah panduan lengkap untuk mendapatkan Emote Ejen Ali Di MLBB.
Ketahui Acara Kolaborasi
Pertama sekali, anda perlu memahami bahawa emote Ejen Ali hanya tersedia semasa acara khas kolaborasi MLBB dengan Ejen Ali. Acara ini biasanya berlangsung untuk tempoh masa terhad, jadi pastikan anda mengikuti perkembangan terkini di laman rasmi MLBB atau media sosial mereka seperti Facebook, Tiktok, Instagram, dan Twitter.
Tarikh Acara Kalaborasi Emote Ejen Ali Di MLBB
untuk acara bagi mendapatkan emote Ejen Ali, tarikh yang telah di tetapkan adalah :
Bermula pada 11 Januari hingga 25 Januari 2025.

Syarat & Peraturan
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan emote tersebut, individu hendaklah mengikuti beberapa syarat dan peraturan yang telah disediakan.
- Emote Ejen Ali hanya untuk pemain Malaysia sahaja.
- Individu perlu siapkan misi yang perlu dilakukan.

Cara Mendapatkan Emote Ejen Ali
Ikuti langkah-langkah tersebut bagi mendapatkan emote Ejen Ali di MLBB :
- Masuk ke akaun Tiktok (pastikan anda mempunyai akaun tiktok)
- Setelah itu, pergi ke akaun tiktok “Mobile Legends Malaysia” – klik di sini – https://www.tiktok.com/@mobilelegendsmy
- Klik pada link – https://activity-va.tiktok.com/magic/ec…
- Anda akan di bawah ke satu laman bagi membuat misi tersebut.
- Klik pada gambar “Go” dekat gambar Misi : TIKTOK FILTER (ikuti misi tersebut)
- Pastikan video yang dimuat naik terlihat pada umum
- Setelah itu, lihat kembali pada laman misi, pastikan markah yang tertera adalah 10/10.
- Klik pada “Reedem Now”
- Setelah itu, klik pada “semak kod tebus emote di sini”
- Stelah mendapatkan kod tersebut, anda boleh tebus terus melalui akaun mobile legend anda.
- Pergi ke profile mlbb anda, klik pada bahagian tetapan(Setting) di bahagian atas sebelah kanan.
- Setelah itu, klik pada “Kod Penebusan” dan masukkan kod yang diberikan.
- Emote kini telah di hantar melalui MEL MLBB anda.



Pastikan aplikasi MLBB anda sentiasa dikemaskini untuk mengelakkan terlepas acara atau hadiah baharu. Emote eksklusif seperti Ejen Ali hanya boleh didapati semasa acara khas, jadi bersiap sedialah untuk menyertainya.
Emote Ejen Ali di MLBB adalah salah satu cara untuk mengekspresikan diri semasa permainan, sambil menunjukkan sokongan kepada siri animasi popular ini. Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, anda berpeluang untuk memiliki emote eksklusif ini. Jangan lupa untuk bermain dengan rakan-rakan dan nikmati keseronokan acara kolaborasi MLBB bersama Ejen Ali!
Selamat bermain dan semoga berjaya mendapatkan emote kegemaran anda!