
Cara Pengeluaran Duit KWSP Akaun 3 (Akaun Fleksibel). Baru-baru ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan satu inisiatif penstukturan semula akaun KWSP ahli yang berkuat kuasa 12 MEI 2024. Inisiatif ini adalah untuk meningkatkan keselamatan pendapatan selepas pensaraan dan bagi menangani keperluan kitaran hidup ahli.
Mesti ramai ingin membuat pengeluaran KWSP. Jom ketahui Cara Pengeluaran Duit KWSP Akaun 3 bagi (Akaun Fleksibel).
Akaun 3 (Akaun Fleksibel)
Untuk pengetahuan pencarum KWSP, kini KWSP telah memperkenalkan satu akaun dan menjadikan KWSP mempunyai tiga akaun iaitu :
- Akaun Persaraan (75%) : Sebelum ini dikenali sebagai akaun 1 untuk simpanan hari pensaraan
- Akaun Sejahtera (15%) : Sebelum ini dikenali sebagai akaun 2 iaitu untuk keperluan kitaran hayat semasa persaraan
- Akaun Fleksibel (10%) :; memberikan anda fleksibel untuk membuat pengeluaran pada bila-bila masa untuk keperluan kewangan janga pendek.
Cara Buat Pemindahan Amaun Ke Akaun 3

Bagi pemindahan amaun akaun 2 ke akaun Fleksibel melalui KWSP i-Akaun, sila ikuti langkah berikut :
- Log masuk ke i-Akaun – Setelah log masuk, anda akan dibawa ke halaman utama
- Pilih ‘Ketahui Lanjut’ – Terletak di bahagian atas kiri, bagi mendapatkan info tentang pemindahan.
- Baca Dan Teruskan – Baca dan faham, penerangan yang diberikan kemudian pilih ‘Teeruskan’
- Konfirmasi Pemindahan – Jika setuju, klik ‘Pindahan Sekarang’. ingat, pemindahan ini hanya boleh dilakukan sekali sebelum 31 Ogos 2024.
- Semak dan Terima – Lihat jumlah sebelum dan selepas pemindahan, jika setuju, klik ‘Terima’ pada Perakuan Ahli.
- Konfiramsi Keputusan – Pilih ‘Ya’ bagi mengesahkan jika yakin dengan keputusan anda.
Proses klulusan ini biasanya akan mengambil masa 3-5 hari bekerja. Pastikan anda memahami setiap langkah kerana ini menyangkut simpanan persaraan anda.
Cara Pengeluaran Duit KWSP Akaun 3
Selepas permohonan pemindahan amaun ke akaun 3 berjaya, anda boleh membuat pengeluaran duit KWSP akaun 3 ke akaun bank anda.
1. login i-Akaun dan Klik Pengeluaran

2. Klik Pengeluaran Simpanan Anda

3. Pilih Jenis Pengeluaran (Akaun Fleksibel)

4. Klik keluarkan Sekarang

Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Pengeluaran Duit KWSP Akaun 3 (Akaun Fleksibel) :
Hotline : Hubungi 03-8922 6000 bagi pertanyaan langsung.
Laman web : kunjungi Laman web rasmi KWSP https://www.kwsp.gov.my/