
e-KYC KWSP – Syarat Pengeluaran KWSP RM250 Bagi Akaun 3. Mesti ramai dah tahu selepas kerajaan membolehkan pengeluaran ke atas akaun 3 KWSP mulai 12 Mei 2024?
Menerusi aplikasi KWSP i-Akaun, ia memaklumkan pencarum hanya boleh membuat pemindahan wang ke akaun bank sekali sehari. Namun masih ada yang belum tahu bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menetapkan had maksimum untuk pengeluaran wang daripada akaun Fleksibel secara terus sebanyak RM250 sehari.
Apa Itu e-KYC KWSP
Bagi mereka yang ingin mengeluarkan wang yang lebih dari RM250, mereka perlu melalui dahulu proses e-KYC.
Proses e-KYC adalah ‘electronik Know-Your-Customer’ atau satu proses pengesahan identiti secara elektronik melalui teknologi pengecaman wajah di aplikasi KWSP i-Akaun.
Pencarum juga boleh menggunakan alternatif lain seperti mengunjungi terus ke pejabat KWSP yang terdekat bagi pengesahan cap jari.
Proses e-KYC membolehkan institusi kewangan dan syarikat memastikan pematuhan terhadap peraturan pencegahan pengubahan wang haram _AML) dan mengelakkan risiko penipuan. Selain itu, e-KYC juga memberi kemudahan kepada pelanggan dan meminimumkan keperluan untuk mengunjungi pejabat fizikk untuk pengesahan identiti.


Syarat umum e-KYC
Bagi mereka yang ingin membuat e-KYC KWSP hendaklah :
- Ahli yang tak pernah ada rekod pengeluaran
- Ahli yang baru pertama kali mohon pengeluaran
- Ahli yang mohon pengeluaran Akaun 3(Flexible) lebih dari RM 250
- Ahli yang buat penukaran no akaun bank selain daripada akaun bankl yang ada dalam rekod data KWSP.
Nota : Sistem KWSP akan minta anda untuk upload IC. Jika upload IC tidak berjaya, maka kena hadir untuk cap jari di KWSP berdekatan.
Cara Buat e-KYC
Anda boleh mendaftarkan akaun i-Akaun KWSP anda melalui e-KYC dengan mengikuti langkah -langkah dalam infografik berikut :








Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau amaklumat lanjut mengenai e-KYC KWSP , anda boleh terus layari laman web rasmi disini – https://www.kwsp.gov.my/en/member/overview/registration/ekyc