
Elaun SSPA : Syarat Umum Kelayakan & Cara Pembayaran Elalun SSPA. Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa Sistem Saraan Malaysia (SSM) tleah digantikan kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Kepada para penjawat awam boleh memilih sama ada untuk kekal di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) atau memilih Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dalam tempoh 40 hari bermula 21 Oktober 2024 sehingga 30 November 2024.
Syarat Umum Kelayakan Elaun
Syarat umum bagi kelayakn telah menetapkan bahawa pemberian elaun akan terhenti mulai hari pertama apabila pegawai berada dalam keadaan seperti berikut :
- Cuti Tanpa (termasuk Cuti Belajar Tanpa Gaji)
- Cuti Separuh Gaji (termasuk Cuti Belajar Separuh Gaji)
- Cuti Rehat yang tempohnya melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am
- Menghadiri Kursus (termasuk Cuti Belajar Bergaji Penuh) yang tempohnya melebihi 92 hari berturut-turut Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am
- Cuti selain daripada Cuti Rehat, yang tempohnya melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Kelepasan Am
- kombinasi mana-mana jenis cuti yang tempohnya melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am dan hari-hari tidak hadir bekerja tanpa kebenaran atau;
- Menajalankan tugas rasmi selain daripada tugas hakiki atas arahan Ketua Jabatan yang tempohnya melebihi 92 hari berturut-turut.
Cara Pembayaran Elaun SSPA
Pembayaran elaun SSPA adalah berdasarkan kelayakan pegawai antaranya mengikut gred, skim perkhidmatan, tempoh masa (jumlah jam, harian atau bulanan) bilangan atau apa-apa bentuk pengiraan yang ditetapkan.
Pembayaran elaun ini menjadi tanggungjawab jabatan di mana pegawai ditempatkan. Sekiranya elaun tersebut belum dibayar oleh jabatan asal dalam tempoh sebelum pegawai bertukar ke jabatan baru, bayaran dalam tempoh tersebut hendaklah dibuat oleh jabatan asal.
Pengiraan Pro Rata
Pengiraan pro data terpakai kepada elaun-elaun yang dibayar secara bulanan sahaja. Contoh situasi yang melayakkan anda untuk mengguna pakai pembayaran pro rata adalah seperti berikut :
- Tempoh penempatan pegawai di pejabat baharu tidak genap satu (1) bulan kalendar ; atau
- Pegawai diarah menjalankan tugas yang melayakkan pemberian elaun tertentu tidak genap satu (1) bulan kalendar.

Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Elaun SSPA, anda boleh terus rujuk ke pautan ini – https://sspa.jpa.gov.my/index.php/faq/faq-submenu