MAIWP 2025 – Permohonan Kemasukan Darul Kifayah . Terbaru, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan kemasukan bagi pelajar baharu Darul Kifayah bagi tahun 2025.
Permohonan kemasukan Darul Kifayah MAIWP 2025 ini boleh dibuat mulai sekarang sehingga 30 November 2024.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon adalah :
- Warganegara Malaysia
- Beragama Islam
- Yatim, Yatim Piatu, Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf
- Berumur 11 tahun hingga 17 tahun
- Sihat tubuh badan dan fizikal
- Mampu membava Al-Quran dengan baik
- Msih bersekolah dan mempunyai latar belakang akademik yang baik
- Mempunyai tingkahlaku dan akhlak baik
- Tidak pernah dikenakan tindakan displin oleh pihak sekolah
- Tidak mempunyai rekod jenayah atau salah laku akhlak
- Tidak mempunyai Kecacatan mental
Cara Mohon Permohonan Kemasukan Darul Kifayah MAIWP 2025
Bagi mereka yang telah memenuhi syarat-syarat yang duitetapkan untuk permohonan, permohonan kemasukan Darul Kifayah boleh dibuat melalui langkah-langkah seperti berikut :
- Klik pautan ini – https://www.maiwp.gov.my/portal-main/downloads?search_category=kemasukan-darul-kifayah-kl
- Muat turun borang permohonan
- Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap
- Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat berikut :
Kompleks Darul Kifayah,
Lot 28188, Jalan 36/10,
Taman Koperasi Polis FAsa 2,
68100 Batu Caves,
Kuala Lumpur.
Dokumen Diperlukan
Antara dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah :
- Satu salinan sijil kelahiran / Kad pengenalan permohonan ibu/bapa/penjaga
- Satu salinan sijil kematian ibu/bapa atau sijil penceraian atau pengislaman
- Satu salinan keputusan peperiksaan terkini pertengahan tahun
- Satu salinan sijil peperiksaan UPSR/UPSRA/UPKK/PMR
- Satu salinan slip gaji ibu/bapa/penjaga
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke Darul Kifayah, sila hantar emel ke pro@maiwp.gov.my atau hubungi 03-61884844/ menghantar whatsapp www.wasap.my/0133791788.