MAIWP 2025 : Permohonan Kemasukan Darul Kifayah. Program kemasukan ke Darul Kifayah yang dikendalikan oleh MAIWP adalah peluang berharga bagi kanak-kanak yang memerlukan sokongan tambahan dalam aspek pendidikan dan kehidupan. Dengan kemudahan serta sokongan yang disediakan, program ini bertujuan membina generasi muda yang berilmu, berakhlak, dan berdaya saing dalam masyarakat.
Pada tahun 2025, MAIWP sekali lagi membuka permohonan untuk kemasukan ke Darul Kifayah bagi pelajar baharu. Permohonan kemasukan ini boleh dibuat bermula sekarang sehingga 30 November 2024.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang telah ditetapkan untuk pemohon adalah :
- Warganegara Malaysia
- Beragama Islam
- Yatim, Yatim Piatu, Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf
- Berumur di antara 11 hingga 17 tahun
- Sihat tubuh badan dan fizikal
- Mampu membaca Al-Quran dengan baik
- Masih bersekolah dan mempunyai latar belakang akademik yang baik
- Mempunyai tingkahlaku dan akhlak yang baik
- Tidak pernah dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah
- Tidak mempunyai rekod jenayah atau salah laku akhlak
- Tidak mempunyai kecacatan mental
Cara Mohon Permohonan Kemasukan Darul Kifayah MAIWP 2025
Bagi mereka yang telah memenuhi syarat-syarat permohonan, pemohon boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah seperti berikut :
- Klik pada pautan berikut – https://www.maiwp.gov.my/portal-main/downloads?search_category=kemasukan-darul-kifayah-kl
- Muat turun borang permohonan
- Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap
- Sediakan dokumen yang diperlukan dengan lengkap
- Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alama berikut :
68100 Batu Caves,
Kompeks Darul Kifayah,
Lot 28188, Jalan 36/10,
Taman Koperasi Polis Fasa 2,
Kuala Lumpur.
Dokumen Diperlukan
Antara dokumen yang diperlukan adalah :
- Satu salinan kelahiran/Kad Pengenalan pemohon dan ibu/bapa/penjaga
- Satu salinan sijil kematian ibu/bapa atau sijil penceraian atau pengislaman
- Satu salinan keputusan peperiksaan terkini pertengahan tahun
- Satu salinan sijil peperiksaan UPSR/UPSRA/UPKK/PMR
- Satu salinan slip gaji ibu/bapa/penjaga
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai MAIWP 2025 : Permohonan Kemasukan Darul Kifayah, sila hantar emel ke pro@maiwp.gov.my atau boleh terus hubungi di talian 03-61884844 / atau boleh terus whatspp ke www.wasap.my/60133791788