
MyKasih 2024 : Borang & Syarat Permohonan MyKasih. Program MyKasih bagi tahun 2024 dijangka memanfaarkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding dengan tahun sebelumnya, iaitu hanya 210,000 dengan perbelanjaan RM130 juta.
Ini adalah salah satu penambahbaik bagi dari Kerajaan untuk program bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui kerjasama dengan MyKasih Foundation dan individu yang layak boleh memohoan dengan mengisi borang MyKasih.

Borang Permohonan MyKasih 2024
Penerima MyKasih akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan, iaitu pangkalan data eKasih.
Tiada borang MyKasih tambahan yang perlu diisi oleh individu yang sudah berada dalam pangkalan data eKasih.
eKasih adalah salah satu sistem Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari prodile individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.
Syarat Permohonan MyKasih 2024
Kelayakan SARA adalah terhad kepada :
- Warganegara Malaysia ; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan ; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan MyKasih 2024, sila rujuk halaman rasmi di pautan ini – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Talian hotline MyKasih 03-77201800
- Muat turun aplikasi : https://mykasih.com.my/mykasih-app/?fbclid=
