
Borang E ialah borang yang perlu diisi oleh majikan di Malaysia untuk melaporkan pendapatan pekerja mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Pengisian Borang E perlu dilakukan setiap tahun. Mulai beberapa tahun kebelakangan ini, LHDN telah memperkenalkan platform atas talian yang memudahkan majikan untuk menyerahkan Borang E tanpa perlu hadir ke pejabat LHDN.
Apa Itu Borang E ?
Secara ringkasnya, Borang E adalah salah satu borang yang mengandungi maklumat berkaitan pekerja dan penggajian yang perlu dikemukakan bagi tujuan percukaian. Borang E juga berfungsi sebagai laporan pengisytiharan untuk memaklumkan LHDN mengenai bilangan pekerja dalam syarikat dan butiran pendapatan mereka
Majikan perlu mengemukakan Borang E am selewat-lewatnya pada 31 Mac bagi setiap tahun.
Proses ini penting bukan sahaja untuk mematuhi peraturan cukai tetapi juga untuk memastikan segala sumbangan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilakukan dengan betul.

Cara Mengisi Borang E
Bagi mengisi Borang E KWSP, terdapat beberapa langkah dan dokumen yang perlu disediakan. Borang E boleh diakses melalui Portal Rasmi KWSP atau melalui i-Akaun KWSP.
Melalui i-Akaun
1. Akses Portal i-Akaun
Layari portal i-Akaun (Majikan) di pautan berikut – https://secure.kwsp.gov.my/employer/employer/login?0

Sekiranya anda belum mempunyai akaun, anda perlu mendaftar terlebih dahulu melalui sistem tersebut.
2. Memilih Borang E
Selepas log masuk, pilih Borang E bagi tahun taksiran yang berkaitan. Pastikan anda memilih tahun yang betul.
3. Mengisi Borang E
Setelah mengakses borang, anda perlu mengisi maklumat berikut :
- Butiran Majikan : Nama, alamat, dan nomrbor pendaftaran majikan
- Butiran Pekerja : Isi maklumat setiap pekerja termasuk nombor kad pengenalan dan gaji bulanan
- Jumlah Caruman : Kira jumlah caruman yang perlu dibayar berdasarkan gaji pekerja. Pastikan anda mengikut kadar caruman yang ditetapkan oleh KWSP.
4. Semak Dan Sahkan Maklumat
Setelah semua maklumat diisi dengan betul dan lengkap, lakukan semakan bagi memastikan tiada sebarang kesilapan. Kesilapan dalam pengisian boleh menyebabkan penalti atau audit daripada LHDN
5. Hantar Borang
Setelah mengesahkan semua maklumat adalah tepat, anda boleh menghantar Borang E. jika menggunakan i-Akaun, anda boleh menghantar borang secara dalam talian
6. Pengesahan Penyerahan
Setelah menghantar borang, simpan salinan pengesahan penyerahan untuk rekod anda. Ini penting terdapat sebarang pertanyaan atau isu di masa hadapan.