
Pemohonan Sekolah Sukan Negeri Perak 2025 Bagi Kemasukan Tingkatan 1. Sekolah Sukan Negeri Perak (SSNP) merupakan salah satu institusi pendidikan terkemuka di Malaysia yang berperanan dalam melahirkan atlet muda yang cemerlang dalam bidang sukan dan akademik. Pemohonan bagi kemasukan ke Tingkatan 1 untuk tahun 2025 kini telah dibuka kepada pelajar-pelajar yang berminat dan berpotensi dalam sukan. Proses pemilihan adalah kompetitif dan terbuka kepada atlet muda berbakat dari seluruh negeri.

Syarat Pemohonan Sekolah Sukan Negeri Perak 2025
Syarat bagi Pemohonan Sekolah Sukan Negeri Perak 2025 untuk memohon kemasukan adalah :
- Murid adalah warganegara Malaysia
- Murid Tahun 6 yang telah didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
- Murid mestilah sihat tubuh badan
- Murid yang aktif dalam penglibatan sukan sekurang-kurangnya mewakuli negeri ke peringkat kebangsaan (MSSM atau peringkat yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia)
- Murid mestilah mempunyai Tahap Penguasaan minima TP3 dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA) bagi mata pelajaran berikut :
- Bahasa Melayu
- Bahasa English
- Matematik
- Sains
- Sejarah
- Sukan yang ditawarkan adalah :
- Olahraga
- Sepak Takraw
- Hoki
- Bola Jaring
- Bola Sepak

Cara Mohon Pemohonan Sekolah Sukan Negeri Perak 2025
Cara untuk mohon permohonan kemasukan tingkatan 1 ke sekolah Sukan Negeri Perak, boleh dibuat menerusi langkah-langkah seperti berikut :
- Layarai laman web rasmi di pautan ini – https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeeOjozCE2jdWD4UT5E0DvIjcHBN2xs56B3ar1co2hBEDJ_Nw/viewform
- Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap
- Pastikan semua maklumat diisi
- Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan
Permohonan yang memenuhi kriteria pemilihan akan dipanggil/dihubungi oleh pihak Urus Setia untuk dinilai melalui :
- Ujian Kemahiran Sukan
- Ujian TID
- Ujian Psikometrik Dan Aptitud
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Pemohonan Sekolah Sukan Negeri Perak 2025 bagi kemasukan Tingkatan 1, sila hubungi :
- Encik Mohd Hafizbin Ibrahim Apani, Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid (Sukan), JPN Perak : 010-335 4735
- Puan Sulhaida binti Mamat@Shamsuddin, Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Gunung Rapat : 013-220 8649