
Pencen Pesara 2024. Pencen pesara merupakan sumber pendapatan utama bagi pesara sektor awam selepas bersara daripada perkhidmatan. Pencen ini disalurkan bagi memastikan bekas penjawat awam yang telah berkhidmat dengan kerajaan dapat meneruskan kehidupan dengan lebih selesa selepas mereka tidak lagi berada dalam alam pekerjaan. Pada tahun 2024, terdapat beberapa perkembangan penting berkaitan pencen pesara, termasuk tarikh bayaran dan kenaikan Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Tarikh Bayaran Pencen 2024
Untuk tarikh pembayaran pencen bulanan tahun 2024 adalah :
Bulan | Hari | Tarikh |
Januari | Jumaat | 19.01.2024 |
Februari | Rabu | 21.02.2024 |
Mac | Khamis | 21.03.204 |
April | Jumaat | 19.04.2024 |
Mei | Jumaat | 17.05.2024 |
Jun | Rabu | 12.06.2024 |
Julai | Rabu | 17.07.2024 |
Ogos | Rabu | 21.08.2024 |
September | Jumaat | 20.09.2024 |
Oktober | Selasa | 21.10.2024 |
November | Khamis | 21.11.2024 |
Disember | Rabu | 18.12.2024 |

Pengumuman Tarikh Kenaikan Pencen Pesara 2024
Dalam MPPA 2024 lalu, Pedana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berucap yang mana beliau berkata pelarasan Kadar pencen dibuat berdasarkan gaji akhir pesara.
Bagi Veteran ATM tidak Berpencen, Bantuan Sara Hidup (BSH) akan di Tambah daripada RM300 kepada RM500 sebulan bagi yang Layak.
Amaun pencen baharu setelah penyelarasan pencen akan diterima pesara semasa Bayaran pencen pada bulkan Disember 2024.
Unruk memudahkan gambaran kenaikan pencen yang mungkin akan diterima, anda boleh guna kalkulaor yang dimuat naik di laman web rasmi JPA Pencen di sini – https://www.jpapencen.gov.my/pengiraan-pencen-baharu-peratusV3pp.html

Nota –
Kadar kenaikan bagi setiap pesara belum dinyatakan dengan jelas dan terperinci. Hanya anggaran sahaja.
Amaun pencen baharu setelah penyelarasan pencen akan diterima pesara semakan Bayaran pencen pada bulan Disember.
Maklumat Lanjut
Untuk Maklumat Lanjut mengenai Pencen Pesara 2024 , sila layari :
- JPA Pencen – https://www.jpapencen.gov.my/
- Kumpulan Wang Pesaraan (KWAP) – https://www.kwap.gov.my/my/