
Permohonan Bantuan Am Pelajaran IPT 2024 Negeri Sembilan. Kerajaan Negeri Sembilan telah membuka peluang bagi para pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk memohon Bantuan Am Pelajaran IPT 2024. Inisiatif ini adalah salah satu usaha untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh pelajar dan keluarga mereka dalam menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi.
Bantuan ini merupakan salah satu daripada pelbagai bentuk sokongan yang mana tujuan utama bantuan Am ini diwujudkan adalah untuk membantu mereka yang tergolong dalam kategori asnaf ini untuk memastikan pengajian mereka di IPT menerusi bantuan pembiayaan yang disalurkan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Tarikh Permohonan
Untuk tempoh permohonan ini, mulai dibuka pada 1 Oktober 2024 sehingga 31 Disember 2024.
Syarat Kelayakan
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Negeri Sembilan lebih dari 6 bulan sehingga kini
- Permohonan bagi awal kemasukan sahaja ( lampirkan surat tawaran semasa )
- Bantuan untuk pengajian sepenuh masa sahaja
- Semua peringkat pengajian (Sijil, Diploma, Ijazah, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah)
- Bantuan ini tidak termasuk bagi peringkat pengajian iaitu :
- Tingkatan 6
- Diploma Perguruan/DIploma Pascasiswazah Pendidikan dan yang setara dengannya.

Cara Mohon Permohonan Bantuan Am Pelajaran IPT 2024
Untuk membuat Permohonan Bantuan Am Pelajaran IPT 2024, ikuti langkah-langkah seperti berikut :
- Log masuk ke pautan ini – https://www.mains.gov.my/agihan/
- Klik “Klik Di Sini”
- Daftar masuk pada sistem “Daftar Baru”. Pastikan No Kad Pengenalan di masukkan dengan lengkap tanpa simbol (-)
- Masukkan Nama Penuh seperti dalam Kad Pengenalan
- Masukkan alamat emel yang aktif dan masih digunakan
- Masukkan No. telefon yang masih aktif dengan betul
- Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan kemudian “Klik Login”
- Lengkapkan permohonan dan hantar
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan Bantuan Am Pelajaran IPT 2024 bagi Negeri Sembilan, sila hantarkan emel ke unitpendidikan@mains.gov.my