
Permohonan Biasiswa Sagong Tasi 2024. Biasiswa Sagong Tasi merupakan salah satu inisiatif utama kerajaan dan syarikat swasta bagi membantu para pelajar yang berpotensi tinggi tetapi memerlukan sokongan kewangan untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi. Program biasiswa ini diperkenalkan bagi menghargai dan memperingati jasa Sagong Tasi, seorang pejuang hak asasi Orang Asli di Malaysia, yang berjuang menuntut hak tanah nenek moyang mereka di Mahkamah. Biasiswa ini adalah simbol komitmen untuk meningkatkan akses pendidikan kepada semua lapisan masyarakat, khususnya golongan yang kurang bernasib baik.

Tarikh Permohonan Biasiswa Sagong Tasi 2024
Permohonan Permohonan Biasiswa Sagong Tasi 2024 ini akan dibuka Bermula 15 September sehingga 15 Oktober 2024.

Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut :
- Pemohon Dan Ibu Bapa merupakan Warganegara Malaysia
- Pemohon hendaklah ditakrifkan sebagai Orang Asli mengikut Akta 134 – Akta Orang Asli Tahun 1954
- Pemohon mestilah lahir di Negeri Selangor; atau
- Ibu Bapa pemohon lahir di Negeri Selagor; atau
- Pemohon telah ber mastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung
Cara Mohon Permohonan
Permohonan Biasiswa Sagong Tasi 2024 boleh dilakukan menerusi langkah-langkah seperti di bawah :
- Layari laman web rasmi disini – https://danapendidikan.selangor.gov.my/
- Klik butang “Daftar”
- Isi maklumat yang diperlukan Dan klik butang “Daftar Akaun”
- Log masuk dengan memasukkan No. Kad Pengenalan Dan Kata Laluan
- Isi maklumat permohonan dengan lengkap Dan betul
- Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi dengan lengkap
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan Dan maklumat lanjut mengenai Permohonan Biasiswa Sagong Tasi 2024, sila layari pautan ini – https://danapendidikan.selangor.gov.my/