
Permohonan Dermasiswa Yayasan Bagi Wilayah Persekutuan 2024. Dermasiswa Yayasan Wilayah persekutuan adalah salah satu bantuan kewangan yang diberikan sekali untuk setiap tahun kepada pelajar-pelajar IPTA yang datang dari keluarga berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan.
Dengan adanya bantuan yang diberikan ini, ianya dapatan membantu pelajar-pelajar IPTA yang berpendapatan rendah untuk terus melanjutkan pengajian mereka dan dapat mengurangkan beban keluarga.
Tarikh Permohonan
Tarikh Permohonan Dermasiswa Yayasan ini akan dibuka mulai 02 Oktober dan tarikh akhir untuk menghantar adalah pada 16 Oktober 2024.

Syarat Umum
- Pemohon merupakan pelajar IPTA peringkat Sijil/Diplom/?Ijazah Sarjana Muda
- Permohon adalah warganegara Malaysia yang menetap di Wilyah Perseketuan (KL/Puterajaya?Labuan).
- Pemohon Ibu bapa merupakan pengundi di Wilyah Persekutuan.
- Pendapatan perkapita keluarga tidak melebihi RM 1,000.00 sebulan (pendapatan seisi rumah dibahagikan dengan bilangan tanggungan).
- Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.
Syarat Akademik
Selain itu,pemohon perlu memenuhi syarat-syarat akademik iaitu:
- Sekurang-kurangnya mendapat 5A dan lulus semua mata pelajaran dalam peperiksan SPM.
- Sekurang-kurangnya mendapat purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.30 dan lulus semua mata pelajaran dalam peperiksaan.
Cara Mohon Permohonan Dermasiswa Yayasan
Pemohon boleh memohon menerusi borang permohonan yang boleh diperoleh seperti berikut;
- Layari laman web di pautan ini – https://www.yayasanwp.org/muat-turun?fbclid=IwZXh0bgNhZW0CMTAAAR3G56dfDaxTluyVVvyAHJNFf93YKn3OHYXLnyeFP2xfoBo4gsH1ahjrlTw_aem_cdyUMInbWFX4dCn5sqIHPQ
- klik butang ‘Borang Dermasiswa Yayasan WP’
- Muat turun borang permohonan tersebut.
- Isi borang tersebut dengan lengkap dengan menggunakan HURUF BESAR.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar borang tersebut kepada:
YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN
NO. 134, WISMA YWP,
JLAN RAJA ABDULLAH
KAMPUNG BARU 50300 KUALA LUMPUR

Dokumen Diperlukan
Antara dokumen diperlukan untuk dihantar bersama borang adalah :
- Gambar pemohon berukuran passport
- Salinan surat beranak
- Salinan kad pengenalan pemohon dan ibubapa/penjaga
- Salinan penyata gaji / slip pencen terbaru ibubapa/penjaga serta surat akaun bersumpah bagi mereka yang bekerja sendiri/tidak bekerja
- Salinan surat tawaran kemasukan ke IPTA
- Salinan keputusan : SPM, Sijil, STPM, Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda
- Salinan dokumen perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A atau Pemimpin Masyarakat setempat
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan Dermasiswa Yayasan Bagi Wilayah Persekutuan 2024, sila hubungi :
- Tel : 0326983073 / 2073
- Faks : 0326983075
- Whatsapp : 0193483073
- Emel : info@yayasanwp.org.my
- Portal : https://www.yayasanwp.org/?fbclid=IwZXh0bgNhZW0CMTAAAR16kQfHJ2lkQG5QsRHQCvajT1_UkZoDv6ygsIIFtpwLt6q87uYqfN-Csec_aem_RTIy4nBj4TGtDd_0supmmg