Permohonan Guru KAFA 2024 : Jawatan Kosong Bagi Negeri Kelantan. Bagi sesiapa yang berminat untuk memohon Permohonan Guru Kafa 2024 bagi Negeri Kelantan, Jawatan kosong bagi guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) secara kontrak, permohonan jawatan ini telah dibuka.
Individu yang berminat untuk menjadi guru KAFA boleh terus membuat permohonan dan menghantar permohonan sebelum 8 Disember 2024.
Syarat Permohonan
Syarat bagi permohonan ini telah ditetapkan oleh pihak JAKIM iaitu :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia dengan :
- Kepujian dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu
- Kepujian dalam Pendidikan Islam/Tasawwur Islam/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau setaraf dengannya
- Lulus Bahasa Arab atau setaraf dengannya
Namun, keutamaan diberikan kepada mereka iaitu :
- Berpengalaman sebagai guru ganti KAFA Negeri Kelantan
- Calon kelahiran Negeri Kelantan dan keutamaan adalah lelaki
- Bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah atau kelas KAFA di seluruh Negeri Kelantan
Cara Mohon Permohonan Guru KAFA 2024
Cara mohon Permohonan Guru KAFA 2024 bagi Negeri Kelantan ini adalah seperti berikut :
- Layari laman web rasmi di pautan ini – https://get-qr.com/content/3OmLCZ
- Muat turun borang permohonan
- Isi borang permohonan dengan betul dan lengkap
- Sediakan dokumen yang diperlukan
- Hantar borang permohonan dan semua dokumen ke Pejabat Pendidikan Daerah yang dipohon (u/p : Unit KAFA)
Dokumen Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah :
- Salinan Kad Pengenalan
- Sijil Kelahiran
- Sijil SPM
- Sijil Akademik berkaitan yang disahkan
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan Guru KAFA 2024 : Jawatan Kosong Bagi Negeri Kelantan, individu tersebut boleh terus menghubungi Unit Sumber Manusia, Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan di talian – 09-695 5858.