
Permohonan Guru KAFA 2025 Negeri Sabah . Permohonan untuk Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Negeri Sabah bagi tahun 2025 kini dibuka. Berikut adalah maklumat penting berkaitan permohonan tersebut:
Mengenai Kelas KAFA
Kelas Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) adalah program pendidikan agama Islam yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Program ini bertujuan untuk memberikan pendidikan asas Islam kepada kanak-kanak berumur antara 7 hingga 12 tahun yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) atau Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).

Manfaat Kelas KAFA kepada Murid
✔️ Memberikan asas agama Islam yang kukuh sejak kecil.
✔️ Membantu murid menghafal dan memahami Al-Quran dengan lebih baik.
✔️ Membentuk akhlak dan moral yang baik dalam kehidupan seharian.
✔️ Menyediakan murid untuk menghadapi ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) di negeri-negeri tertentu.
✔️ Membantu membina jati diri Islam dalam masyarakat yang semakin mencabar.
Syarat Permohonan
Syarat yang telah ditetapkan bagi permohonan jawatan guru KAFA 2025 ini adalah :
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih dari 40 tahun
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan :
- Bahasa Melayu gred C
- Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah gred C
- Lulus Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi)
Cara Mohon Permohonan Guru KAFA 2025
Untuk memohon permohonan guru KAFA 2025 ini adalah dengan mengisi borang dengan lengkap dan di hantar ke Pejabat Perhubungan KAFA daerah yang di pohon.
Borang permohonan boleh dimuat turun di pauatan ini – https://drive.google.com/file/d/1a3z1boBW6DyKEODy0EKOtbWgKeiYp3tB/view
Calon yang berkelayakan dan disenaraikan pendek sahaja akan di panggil untuk sesi temu duga KAFA tersebut.

Dokumen Diperlukan
Dokumen yang diperlukan yang perlu disertakan adalah :
- Gambar berukuran passport
- Salinan Sijil Pengenalan
- Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Salinan STAM/STPM/Diploma (jika ada)
- Salinan Diploma/Sijil IPDAS/IKMAS (jika ada)
Maklumat lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan Guru KAFA Permohonan Guru KAFA 2025 Negeri Sabah , sila hubungi terus ke talian 08-8488641