
Permohonan Guru KAFA Pulau Pinang Siri 3 (2024). Pada tahun 2024, permohonan untuk menjadi Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di Pulau Pinang kembali dibuka. Kerjaya sebagai Guru KAFA menjadi satu pilihan yang menarik bagi mereka yang berminat dalam mendidik dan menyebarkan ilmu Islam di kalangan kanak-kanak. Di samping peluang untuk berbakti kepada agama, guru KAFA turut memainkan peranan penting dalam membentuk generasi muda yang cemerlang dari segi akademik dan spiritual.

Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk menjadi seorang guru KAFA di Negeri Pulau Pinang adalah :
- Hendaklah seorang warganegara Malaysia yang menetap di Pulau Pinang sahaja
- Berumur 18 tahun hingga 40 tahun
- Bukan penjawat awam
Syarat Akademik
- Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian :
- Bahasa Malaysia
- Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiyah
- Mempunyai Sijil SPM dengan kelulusan :
- Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab Komunikasi

Cara Mohon Permohonan Guru KAFA Pulau Pinang
Untuk mereka yang berminat, anda boleh membuat permohonan dengan menerusi langkah-langkah seperti berikut :
- Klik pautan ini – https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdZCUa_GaZnRcXj23jp_oHerICWCQm9gVqGH98rQhwwPfYnnQ/viewform
- Isi borang permohonan dengan betul dan lengkap
- Muat naik dokumen yang diperlukan
- Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan
Dokumen Diperlukan
Antara dokumen yang diperlukan bagi dimuat naik adalah :
- Gambar berukuran passport
- Kad Pengenalan pemohon
- Sijil SPM
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan Guru KAFA Pulau Pinang Siri 3 (2024), sila hubungi Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang di talian 04-684 7000.