
Permohonan Iltizam Selangor Sihat 2024. Program Iltizam Selangor Sihat merupakan inisiatif penting yang dilancarkan oleh kerajaan negeri Selangor bagi memastikan rakyat negeri ini mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dengan mengurangkan kos yang membebankan. Dengan objektif untuk memperkasakan kesejahteraan masyarakat, Permohonan Iltizam Selangor Sihat 2024 adalah platform penting untuk mereka yang memerlukan perlindungan kesihatan, terutama golongan berpendapatan rendah (B40) dan individu yang kurang berkemampuan.
Untuk pengetahuan juga, program ini merangkumi manfaat rawatan asas di klinik-klinik yang berdaftar, termasuk vaksinasi terpilih, dan penambahan manfaat perlindungan yang boleh dimohon tuntut oleh ahli aktif/waris.
Syarat Permohonan
Bagi syarat Permohonan Iltizam Selangor Sihat 2024 ini, hanya individu yang memenuhi syarat-syarat utama sahaja yang akan dipertimbangkan bagi permohonan ini, iaitu :
- Kategori Keluarga : Pendapatan isi rumah RM 3000 dan mempunyai tanggungan berusia 21 tahun (pelajar) ke bawah
- Kategori Individu : Pendapatan isi rumah 2000 ke bawah / Pemegang Kad OKU/warga emas (65 tahun ke atas)
- Syarat Lain : Pemohon adalah pemilih/pengundi dan bermastautin di Negeri Selangor lebih dari 10 tahun.

Manfaat Kesihatan Iltizam Selangor Sihat 2024
Berikut adalah manfaat kesihatan yang akan diperolehi bagi mereka yang layak dalam program bantuan kesihatan ini . Rujuk pada gambar di bawah :

Cara Mohon Permohonan Iltizam Selangor Sihat 2024
Bagi mereka yang berminat dan layak untuk memohon, anda boleh memohon menerusi :
- Untuk permohonan baru, sila muat naik borang di sini – https://www.iltizamselangorsihat.com/img/membership_registration_forms.pdf
- Hantar permohoan lengkap ke Pejabat ADUN / Pejabat Penyelaras ADUN berdekatan. Senarai pejabat yang boleh di rujuk – https://www.iltizamselangorsihat.com/img/DUN_LIST.pdf
Semakan Permohonan
Sekiranya anda telah memohon dan ingin untuk menyemak status permohonan anda, ikuti langkah-langkah seperti berikut :
- Layari laman web rasmi Program Iltizam Selangor Sihat 2024 di pautan ini –
- Masukkan No. Kad Pengenalan
- Klik butang “Semak”
- Keputusan permohonan anda akan di paparkan
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan Iltizam Selangor Sihat 2024, sila hubungi di talian : 1-800-22-6600