
Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 SMA Negeri Terengganu Sesi 2025/2026. Sekolah Menengah Agama (SMA) Negeri Terengganu telah lama dikenali sebagai salah satu institusi pendidikan yang berprestij di Malaysia, terutamanya dalam melahirkan pelajar cemerlang dari segi akademik dan akhlak. Setiap tahun, ribuan ibu bapa dan penjaga memohon untuk mendaftarkan anak-anak mereka ke sekolah ini. Bagi sesi akademik 2025/2026, permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 SMA Negeri Terengganu dibuka kepada semua pelajar yang berkelayakan, khususnya yang telah menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau peperiksaan yang setara.
Tarikh Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 SMA
Bagi tarikh Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 SMA kini telah dibuka bagi kemasukan sesi 2025/2026 iaitu pada :
- Permohonan Dibuka – 8 September 2024
- Permohonan Ditutup – 10 Oktober 2024

Syarat Permohonan
Untuk syarat permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh adalah :
- Calon mestilah berumur 13 tahun pada tahun semasa pengambilan murid tingkatan 1
- Warganegara Malaysia dan Rakyat Terengganu Darul iman:
- Calon yang lahir di Terengganu Darul Iman: atau
- Ibu bapa lahir di Terengganu ; atau
- Ibu bapa telah bermastautin di Terengganu terus menerus tidak kurang 10 tahun serta mempunyai niat dan bukti-bukti akan tinggal tetap di terengganu.
- Pelajar-pelajar yang layak memohon dari;
- Sekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia)
- Sekolah Rendah Agama Swasta
- Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai sebarang penyakit kronik, penyakit lelah dan penyakit berjangkit.
- Boleh membaca Al-Quran dengan baik
- Lulus dengan melepasi ujian dan temu duga yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu
- Telah menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK/MPKAFA) atau ujian-ujian lain yang berbentuk kefahaman / amali fardhu ain dan memperoleh keputusan seperti di bawah;
- Merperoleh Straight A’ (8A) dalam ujian penilaian kelas KAFA (UPKK/MPKAFA); atsu
- Memperoleh 10A dan ke atas dalam ujian pencapaian sekolah rendah Islam (UPSRI) atau;
- memperoleh Straight A’ dalam ujian-ujian kefahaman fardhu ain yang lain.
Kaedah Permohonan
Permohonan boleh dibuat dengan cara sepeti dibawah :
- Layari laman web rasmi di pautan ini – http://smaonline.terengganu.gov.my/biasa/masuk_nokp.php
- Masukkan No Kad Pengenalan
- Klik Butang “Mohon/Kemaskini”
- Lengkapkan permohonan kemasukan
- Hantar Permohonan
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 SMA Negeri Terengganu bagi sesi 2025/2026, sila layari laman web rasmi di sini – http://smaonline.terengganu.gov.my/
