
Permohonan MyKasih 2024 : Syarat & Borang Permohonan. Berita baik kepada semua penerima bantuan Mykasih, kerajaan terus menambahbaik lagi program bantuan Sumbangan AsasRahmah (SARA) melalui kerjasama dengan MyKasih Foundation dan bagi individu yang layak boleh memohon dengan mengisi borang MyKasih

Jumlah Bantuan
Bagi penerima SARA di Semenanjung Malaysia, bantuan SARA akan disalurkan secara bulanan iaitu RM100 sebulan bagi isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM50 sebulan untuk golongan bujang.
Bagi penerima di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, bantuan SARA akan disalurkan dua kali setahun iaitu RM600 untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM300 bagi golongan bujang pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.
Syarat Permohonan MyKasih 2024
Kelayakan SARA adalah terhada kepada :
- Pemohon mesdtilah warganegara Malaysia
- Lulus Sumbangan Tunai Ramah (STR) 2024 bagi kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan ; dan
- Mereka mestilah tersenarai sebagai penerima bantuan Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
Borang Permohonan MyKasih
Penerima MyKasih akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di pangkalan data kerajaan, iaitu pangkalan data eKasih.
Tiada borang MyKasih tambahan yang perlu diisi oleh individu yang sudah berada dalam pangkalan data eKasih.
eKasih adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profile individu , program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan Mykasih 2024, sila rujuk terus ke laman web rasmi dipautan ini – https://bantuantunai.hasil.gov.my/