
Permohonan Pendidikan UPSI : Kemasukan Bulan Disember 2024. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini telah membuka permohonan bagi lepasan Ijazah Sarjana Muda untuk menyambung pengajian Sarjana Pendidikan UPSI (MOD Cuti Sekolah) bagi pengambilan khas bulan Disember 2024.

Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan bagi kemasukan adalah :
- Permohonan dibuka 25 September 2024
- Permohonan ditutup 15 November 2024
Kursus Ditawarkan
Kursus-kursus yang ditawarkan bagi program ini adalah :
- Pengajian Kurikulum
- Pendidikan Matematik Sekolah Rendah
- Pendidikan Sekolah Rendah
- Pendidikan Awal Lanak-Kanak
- Psikologi Pendidikan
- Pedagogi

Yuran Pengajian
Yuran pengajian adalah RM15,000 (5 kali bayaran ansuran) sepanjang pengajian
Syarat Kemasukan Pendidikan UPSI
Syarat untuk kemasukan yang ditetapkan adalah :
- Terbuka kepada pemegang Ijazah Sarjana Muda (semua bidang)
- CGPA Ijazah Sarjana Muda : Tidak kurang daripada 2.75
- CGPA bagi program Bahasa Melayu dan TESL adalah minimum adalah 2.50.
- Bagi CGPA kurang daripada 2.75, wajib mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang pendidikan sekurang-kurangnya 5 tahun
- Lulus SPM

Tempoh Pengajian
Bagi tempoh pengajian adalah 3 hingga 4 semester yang mana tiada tesis dan viva sepanjang pengajian tersebut
Cara Mohon Sarjana Pendidikan UPSI
Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut :
- Muat turun borang permohonan di pautan ini – https://docs.google.com/forms/d/1IoKiNYKEKJaDUjFTaVbt7WTFAZB3uM8D7s4jDn7fqlk/viewform?edit_requested=true
- Isi maklumat permohonan yang diperlukan
- Pastikan semua maklumat permohonan lengkap
- Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan Sarjana Pendidikan UPSI, sila hubungi pegawai Perhubungan Program secara whatsapp di talian 017-506 0857