
Permohonan PPBU 2024 : Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Yayasan Bank Rakyat. Pembiayaan ini merupakan satu pembiayaan boleh ubah yang bermaksud pelajar perlu membayar semua pembiayaan yang diberikan mengikut prestasi mereka di dalam pelajaran.
Tujuan utama Yayasan Bank Rakyat memperkenalkan pembiayaan ini adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan membolehkan pelajar yang berpotensi tetapi memerlukan bantuan pembiayaan bagi menerima pendidikan di IPTA dan IPTS tempatan dan Institut Latihan dalam negara secara sepenuh masa.
Tarikh Permohonan
Bagi pemohon yang berminat, permohonan ini boleh dibuat mulai .

Syarat Kelayakan
Syarat kelayakn untuk Permohonan PPBU 2024 yang telah ditetapkan bagi permohonan ini adalah seperti berikut :
- Mestilah Warganegara Malaysia
- Mengikuti pengajian secara sepenuh masa
- Tidak kurang daripada 18 tahun semasa permohonan dan menerima tawaran pengajian
- Pengesahan kemasukan daripada Universiti awam atau swasta / Pusat Latihan
- Pemohon haruslah memiliki Diploma dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0 atau Matrikulasi dengan PNGK minimum 3.0 atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia STPM dengan PNGK 3.0 atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan kelayakan Jayyid Jiddan atau Mumtaz iaitu setaraf dengan STPM
- Keutamaan kepada pelajar keluarga B40

Syarat Khusus
Bagi syarat khusus bagi pembiayaan pendidikan ini adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Hanya layak untuk mod pengajian sepenuh masa sahaja
- Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan dengan Bank Rakyat dengan baki akaun minimum sebanyak RM100 sebelum memohon
- Tidak kurang daripada 18 tahun ketika permohonan dan menerima tawaran pengajian
- Umur tidak melebihi 30 tahun selepas tamat pengajian
- Mempunyai pengesahan kemasukan daripada Universiti Awam atau Swasta atau Pusat latihan
- Pemohon haruslah memiliki Diploma dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0 atau Matrikulasi dengan PNGK minimum 3.0 atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia STPM dengan PNGK 3.0 atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan kelayakan Jayyid Jiddan atau Mumtaz iaitu setaraf dengan STPM
- Tempoh pengajian 4 tahun / 8 semester
- Jumlah Pembiayaan : Maksimum RM9,500 setahun (UITM & Politeknik hanya RM6,500) (Yuran dan Elaun)
Cara Memohon Permohonan PPBU 2024
Bagi yang berminat untuk membuat permohonan PPBU 2024 ini, anda boleh membuat permohona dengan mengikuti langkah menerusi gambar di bawah :

Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai PPBU 2024, sila layari laman web rasmi di pautan ini – https://www.yayasanbankrakyat.com.my/index.php/ppbu/
