Permohonan Pra Diploma UITM : Permohonan Kemasukan Sesi 2 Tahun 2024/2025. Universiti Teknologi MARA (UiTM) menawarkan program Pra-Diploma bagi mereka yang berminat untuk menyambung ke Pra Diploma UITM. Program ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar yang berpotensi untuk memulakan pendidikan tinggi, khususnya bagi pelajar bumiputera. Permohonan bagi sesi 2 Tahun Akademik 2024/2025 kini dibuka, memberikan peluang kepada pelajar untuk memulakan perjalanan pendidikan mereka di UiTM
Peluang ini juga membantu pelajar agar dapat melanjutkan pengajian hingga ke peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah.
Tarikh Penting
Tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut :
- Permohonan No Pin Percuma, pengisian borang dan penghantaran dokumen : 1 November 2024 – 31 Januari 2025
- Hebahan jaya Fasa 1 : 12 Februari 2025
Program Yang Ditawarkan
Antara program yang ditawarkan adalah :
- Pra Diploma Perdagangan
- Pra Diploma Sains
- Pra Diploma Sains (Aliran STEM C & Sastera)
- Pra Diploma Agroteknologi
- Pra Diploma Pengajian Islam
Syarat Kemasukan Permohonan Pra Diploma UITM
Antara syarat yang telah ditetapkan di peringkat pengajian ini adalah :
- Permohonan hanya terbuka kepada calon lepasan SPM sahaja.
- Berketurunan Melayu/Anak Negeri Sabah/Anak Negero Sarawak/Orang Asli Semenanjung Sahaja dan Warganegara Malaysia.
- Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya.
- Calon yang pernah belajar di UITM dan telah diberhentikan atau gugur taraf tidak dibenarkan memohon semula ke program yang sama seperti yang pernah ditawarkan sebelum ini.
- Permohonan akan terbatal sekiranya didapati memberi maklumat salah/tidak benar/Manipulasi maklumat dalam borang permohonan kemasukan berkaitan dengan :
- Kewarnegaraan Malaysia
- Status Melayu/Anak Negeri Sabah/NAka Negeri Sarawak/Orang Asli Semenanjunga
- Kelayakan/Keputusan peperiksaan SPM
Cara Mohon Permohonan Pra Diploma UITM
Cara untuk membuat permohonan Pra Diploma UITM adalah dengan ikuti langkah-langkah seperti berikut :
- Dapatkan nombor pin menerusi borang di pautan ini – https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfG2g8Zcgrg_fwO14fh6mhqhwpEQ-Qj44vk9lvnvQie5n5PKA/viewform
- No pin kemudiannya akan dihantar ke emel pemohon
- Layari laman web – https://online.uitm.edu.my/pra/
- Isi no kad pengenalan pemohon dan no pin
- Lengkapkan permohonan dan muat naik dokumen sokongan permohonan
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah :
- Salinan Kad Pengenalan/Ibu/Bapa
- Salinan Sijil Kelahiran Pemohon/Ibu/Bapa
- Salinan SPM
- Salinan SPM Ulangan (Jika Berkaitan)
- Salinan Penyata Gaji Ibu/Bapa
- Surat atau borang pengesahan status pekerjaan/pendapatan bagi yang tidak mempunyai slip/penyata gaji/tidak bekerja/suri rumah
- Salinan Sijil Kematian (jika berkaitan)
- Salinan surat penceraian ibu bapa (jika berkaitan)
- Salinan Kelulusan / Slip Bantuan Kewangan Kerajaan Persekutuan/Negeri yang terkini (jika berkaitan)
- Salinan Sijil Anak Angkat/Cabutan maklumat dalam cip kad pengenalan/Mykad (jika berkaitan)
- Salinan Penyata Cukai Syarikat (jika berkaitan)
- Salinan sijil/pengiktirafan sukan tertinggi dan terkini (Laluan Atlet)
- Dokumen-dokumen yang lain (Kad OKU, Kad Pencen Ibu Bapa/ Penyata Pencen Ibu Bapa)
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan Pra Diploma UITM, sila layari teruis ke – https://online.uitm.edu.my/pra/