
Permohonan Program Matrikulasi KPM- Pengambilan Fasa 1 2025/2026. Kepada lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) adalah dialu-alukan bagi memohon kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Fasa 1 sesi 2025/2026.
Perlaksanaan program ini dilaksanakan di bawah KPM bagi menyeragamkan semua program asasi yang selama ini dikenalkan oleh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

Tarikh Permohonan Program Matrikulasi KPM
Permohonan untuk kemasukan ke Matrikulasi KPM 2025/2026 Fasa 1 akan mulai dibuka bermula pada 1 Disember hingga 28 Februari 2025.

Cara Mohon Permohonan
Untuk membuat permohonan kemasukan ke program tersebut, semua calon diminta untuk mengikuti langkah-langkah tersebut :
- Layari laman web rasmi permohonan di sini – https://matrikulasi.moe.gov.my/system/index.cfm
- Klik bahagian “Permohonan”
- Klik bahagian “Daftar Kali Pertama”klik buta “Cari”
- Isi no kad pengenalan serta angka giliran SPM dan seterusnya
- Lengkapkan maklumat diri dan klik butang “Daftar”
- Login dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan
- Isi maklumat dengan betul dan klik butang “Halam Seterusnya”
- Untuk menghantar permohonan, klik butang “Hantar Permohonan”
- Cetak Permohonan untuk simpanan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Program Matrikulasi KPM, sila layari terus – https://matrikulasi.moe.gov.my/system/index.cfm