
Pro-P MARA 2024 : Permohonan Program Pembangunan Profesional. Pro-P MARA 2024 atau Program Pembangunan Profesional MARA merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bertujuan untuk meningkatkan keupayaan dan kemahiran individu dalam pelbagai bidang profesional. Program ini diwujudkan untuk membantu golongan profesional, lepasan graduan, dan individu yang ingin memperkasa diri dalam bidang kerjaya mereka melalui latihan kemahiran, kursus, dan pembangunan peribadi.

Tarikh Permohonan Program Pembangunan Profesional MARA
Permohonan mulai dibuka pada 09 hingga 18 Oktober 2024 secara atas talian.
Syarat Umum Program Pembangunan Profesional
Antara syarat umum yang telah ditetapkan dalam permohonan adalah :
- Mestilah warganegara Malaysia
- Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa adalah berstatus Bumiputera
- Had umur pemohon pada 31 Disember 2024 :
- Professional : Tidak melebihi 45 tahun (dalam negara) dan tidak melebihi 35 tahun (luar negara)
- Kepakaran : Tidak melebihi 45 tahun (dalam negara) / tidak melebihi 40 tahun (luar negara)
- Tidak mendapat bantuan atau tajaan daripada mana-mana pihak agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
- Penjamin adalah warganegara Malaysia pemastautin yang tidak diisytihar muflis
- Pemohon/ibu/bapa/penjaga tidak termasuk dalam senarai hitan atau dalam tindakan undang-undang MARA
- Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh seorang pengamal perubatan yang berdaftar serta bebas daro mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit, epilepsi, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah
- Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana badan penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara dan tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana IPT atas masalah akademik / disiplin
- Pemohon yang telah memiliki kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang sama atau dinilai setaraf dengan program Profesional / Kepakaran tidak akan dipertimbangkan
- Pemohon yang telah menerima tawaran pinjaman pelajaran MARA bagi peringkat pengajian yang sama / setaraf tidak boleh memohon program ini
- BAgi pemohon yang sedang dalam perkhimatan / bekerja perlu mendapatkan pelepasan / kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.
- Mendapat pelepasan/ penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai perletakan jawatan daripada majikan
- Bagi pemohon yang sedang berkhidmat dan telah mendapat pelepasan dari pihak majikan sahaja yang akan dipertimbangkan tawaran pengajian ke luar negara
- Pemohon telah memenuhi semua syarat kelayakan akademik yang ditetapkan bagi mengikutiu kursus yang dipilih. Salinan sijil akademik di peringkat pengajian tertinggi perlu disertakan
Bidang Pengajian & Syarat Akademik







Cara Mohon Permohonan Program Pembangunan Profesional
Permohonan Program Pembangunan Profesional boleh dibuat secara atas talian melalui portal MARA, klik pautan ini untuk laman web rasmi MARA bagi permohonan – https://educationloan.mara.gov.my/V4/sa/#/Login
Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan
Pemohon juga dinasihatkan membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan Program Pembangunan Profesional MARA 2024, sila layari terus ke – https://www.mara.gov.my/
- Emel : prop@mara.gov.my