PKKP 2025 : Pemberian Khas Kepada Pesara (Januari – Disember 2025). Pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) bukan sahaja melegakan pesara kerajaan, tetapi juga dapat membantu mereka yang terkesan dengan kos sara hidup.
Pemberian ini juga bertujuan untuk menjadikan amaun diterima pesara pada Julai hingga Disember tahun ini, sama sepertimana amaun pencen semasa yang diterima.
Pemberian bantuan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) diteruskan untuk tempoh Januari hingga Disember 2025, kepada pesara dan penerima pencen terbitan yang terkesan.
Kadar Penyelarasan Pencen Kepada Pesara
Selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-19 Tahun 2024, pesara dan penerima pencen terbitan akan menerima penyelarasan pencen sama kenaikan peratusannya seperti penjawat awam yang sedang bekhidmat melalui 2 Fasa.
Bagi mendapatkan “gaji akhir bersamaan terbaharu”, penyelarasan dibuat dengan menambah peratus kenaikan berkenaan ke atas gaji akhir / gaji akhir bersamaan pesara.
YAB Perdana Menteri turut memaklumkan melalui Pembentangan Belanjawan 2025, amaun PKKP yang telah diterima pesara dan penerimaan pencen terbitan akan diteruskan untuk tahun 2025.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai PKKP 2025, anda boleh terus rujuk ke – https://www.facebook.com/myjpa atau ke portal rasmi di pautan ini – https://www.jpa.gov.my/