
Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) merupakan salah satu acara penting dalam pengalaman pelajar matrikulasi di Malaysia. PSPM Sesi 2023/2024 telah melalui proses yang dinantikan oleh para pelajar dan pihak-pihak berkepentingan. Keputusan peperiksaan ini memberi gambaran kepada pelajar mengenai pencapaian mereka dalam pembelajaran selama sesi tersebut.
Mengenai PSPM Sesi 2023/2024
PSPM adalah peperiksaan bagi pelajar Matrikuklasi KPM yang diadakan pada penghujung atau akhir setiap semester sesi pengajian. Peperiksaan ini akan dijalankan dalam masa 2 jam bagi setiap kursus Dan markah bagi mata pelajaran teras adalah 40%.
Soalan dan pemarkahan peperiksaan akan dijalankan secara berpusat Dan keputusan peperiksaan boleh disemak melaleuca laman web atau telefon pada tarikh Dan waktu yang ditetapkan.

Cara Membuat Semakan
Semakan PSMP bolehn dibuat menerusi 2 kaedah. Ikuti langkah-langkah seperti di bawah :
1.) Laman Web
- Layari laman web Rasmi – https://matrikulasi.moe.gov.my/system/index.cfm
- Pilih semakan peperiksaan
- Masukkan No. Matrik + 6 digit terakhir No. Kad Pengenalan
- Calon bolehn memuat turun slip keputusan peperiksaan.
2.) Telefon
- Hubungi Kolej masing-masing, atau
- Bahagian Matrikulasi KPM melalui talian 03-8884-4083 atau 03-8884-4020

Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan Dan maklumat lanjut mengenai PSPM Sesi 2023/2024 : Semakan Keputusan Peperiksaan Matrikulasi, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/pengumuman-dan-kaedah-semakan-keputusan-peperiksaan-sesi-julai-2023/2024