
Rakan Muda 2024 : Cara Daftar Ahli Dan Kebaikan Menyertai Program. Program Rakan Muda adalah inisiatif yang dilancarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Kementerian Belia dan Sukan. Program ini bertujuan untuk melibatkan golongan belia dalam aktiviti-aktiviti berfaedah, yang dapat mengasah bakat serta kemahiran mereka, di samping memupuk semangat kesukarelawanan dan patriotisme. Sejak diperkenalkan pada tahun 1994, Rakan Muda telah menjadi platform penting dalam pembangunan belia di Malaysia.
Dengan pelbagai aktiviti dan program yang ditawarkan, Rakan Muda tidak hanya membentuk peribadi positif dalam kalangan belia, tetapi juga menyediakan mereka dengan kemahiran dan pengalaman yang diperlukan untuk menghadapi cabaran masa depan. Kerajaan dan masyarakat perlu terus menyokong program ini untuk memastikan kelangsungan dan keberkesanannya dalam mencorak masa depan belia Malaysia.
Cara Daftar Ahli Rakan Mudah 2024
Bagi mereka yang berminat untuk menyertai sebagai ahli Rakan Muda 2024, anda boleh mendaftar secara dalam talian dengan melayari laman web rasmi di sini – https://www.kbs.gov.my/rakanmuda.html . Ikuti langkah seeperti di bawah :
- Klik butang “Daftar” di laman utama
- Isikan maklumat diri dengan lengkap
- Muatnaik gambar diri bersaiz passport
- Pilih nama dan kawasan Rakan Muda yang berdekatan
- Sahkan pendaftaran den klik “Hantar”
Selepas pendaftaran berjaya, anda akan menerima emel bagi pengesahan beserta maklumat pelantikan dan aktiviti akan datang.
Kebaikan Menyertai Program Rakan Muda
Menyertai program Rakan Muda memberi banyak kebaikan dan kelebihan kepada para peserta antaranya :
- Memupuk semangat kesukarawanan dan tanggungjawab sosial
- mempelajari nilainilai murni ssrti berdikari, disiplin dan itegriti
- Membina kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan
- menganjurkan aktiviti kemasyarakatan di kawasan masing-masing
- Peluang mewakili Malaysia di program kesukarelawan antarabangsa
- Menerima Sijil Penglibatan Rakan Muda sekali tamat program
Soalan Lazim


Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai Cara Daftar Ahli Rakan Muda 2024, anda juga boleh layari laman web rasmi Kementerian Belia & Sukan menerusi pautan ini – https://www.kbs.gov.my/
