
Semakan Keputusan STPM 2024 Bagi Sermester 2 & Rayuan Semula. Untuk semua pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi semester 2 2024 boleh membuat semakan peperiksaan melalui portal MPM atau melalui SMS pada hari yang telah ditetapkan.

Tarikh Semakan Keputusan STPM 2024
Tarikh semakan Keputusan STPM 2024 bagi semester 2 boleh dilakukan bermula 15 Oktober 2024 (selesa) jam 10.00 pagi.
Cara Membuat Semakan Keputusan Peperiksaan
Cara membuat semakan keputusan peperiksaan STPM 2024, anda boleh terus melakukan semakan menerusi langkah-langkah seperti berikut :
i.) Melalui Portal MPM
- Layari lama web rasmi portal MPM di pautan ini – https://stpm.mpm.edu.my/
- Klik jenis peperiksaan yang ingin di semak
- Masukkan No Kad Pengenalan
- Keputusan peperiksaan akan dipaparkan
ii.) Melalui SMS
- Taip STPM<jarak>RESULTS1<jarak>No. Kad Pengenalan atau ;
- Taip STPM<jarak>RESULTU1<jarak>No. Kad Pengenalan
- Hantar ke 15888

Rayuan Semak Semula
Bagi calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang mereka perolehi, mereka boleh membuat rayuan semakan semula bermula pada 15 Oktober 2024 sehingga 20 Oktober 2024.
Rayuan tersebut boleh dilakukan melalui pautan tersebut – https://mecea.mpm.edu.my/SS_STPM/
Bayaran bagi rayuan semakan semula akan di caj sebanyak RM50.00 bagi satu kertas dan pembayaran boleh dibuat secara atas talian.
Keputusan rayuan adalah dalam tempoh 15 hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan boleh disemak melalui pautan rayuan di atas

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Semakan Keputusan STPM 2024 Bagi Sermester 2 & Rayuan Semula, sila layari laman weeb di pautan ini – https://www.mpm.edu.my/