
Semakan Penempatan Tahun 1 2025 Secara Online. Semakan penempatan Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2025 kini boleh dilakukan secara online, memudahkan ibu bapa dan penjaga untuk mengetahui status penempatan anak-anak mereka tanpa perlu hadir ke sekolah. Dengan langkah digital ini, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan mempercepatkan proses semakan dan meningkatkan akses kepada maklumat penting berkaitan pendidikan awal anak-anak.
Tarikh Semakan Penempatan Tahun 1 2025
Untuk makluman, ibu bapa atau penjaga boleh membuat semakan penempatan darjah 1 bagi sesi tahun 2025 bermula pada 01 hingga 30 Oktober 2024.
Cara Semakan Penempatan Tahun 1 2025
Bagi ibu bapa atau penjaga yang ingin membuat semakan penempatan tahun 1 2025, ikuti langkah-langkah seperti berikut :
1. Login ke portal rasmi idMe di pautan ini – https://idme.moe.gov.my/login

2. Pergi bahagian Menu
3. Klik “Aplikasi”

4. Klik “Permohonan Kemasukan”

5. Klik “Pendaftaran Tahun 1 2025”
Status permohonan yang berjaya akan dipaparkan seperti berikut :

6. Cetak Surat tawaran dan hantar ke sekolah
Surat Penempatan ini perlu di hantar ke pejabat sekolah sebelum 31 Oktober 2024.
Untuk makluman, ibu bapa atau penjaga perlu membuat pengesahan dan mencetak surat tawaran penempatan Tahun 1 seperti gambar di bawah :

Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai Semakan Penempatan Tahun 1 2025, anda boleh terus ke emel supportidMe@moe.gov.my / daftartahun1@moe.gov.my atau boleh rujuk dan kemukakan masalah ke Jabatan Pendidikan di negeri masing-masing.