
Semakan Pusat PKSK – Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus Sesi 2025/2026. PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke sekolah berkenaan.
Bagi murid yang telah membuat permohonan untuk kemasukan ke sekolah khusus bagi sesi 2025 / 2026, semakan bagi mengetahui Pusat PKSK boleh dibuat sekarang.
Kategori Sekolah Khusus
Antara sekolah yang telah dikategorikan sebagai Sekolah Khusus oleh KPM adalah :
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Maktab Tentera Diraja (MTD)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Sekolah Menengah Teknik (SMT)
- Kolej Vokasional (KV)
Tarikh Semakan Pusat Pentaksiran
Ibu bapa atau pelajar boleh membuat semakan pusat pentaksiran bermula pada 13 September 2024 sehingga 17 Oktober 2024.

Semakan Pusat PKSK
Untuk membuat Semakan Pusat PKSK bagi kemasukan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik boleh terus dibuat melalui pautan berikut :
- Tingkatan 1 – https://spskt1.moe.gov.my/spat1_mohon/ujian_uksbp/semak_uksbp.cfm?fbclid=IwY2xjawFQmJdleHRuA2FlbQIxMAABHcQAZvqfTEHScrfLVkS7ypWBhK5TZA-iGhhYjKyKv9MeE0hHvLTW9ZZf8w_aem_spEn-VQloiQdLXT4EfiKNw
- Tingkatan 4 – https://spskt4.moe.gov.my/spat4_mohon/ujian_uksbp4/semak_uksbp4.cfm?fbclid=IwY2xjawFQmKlleHRuA2FlbQIxMAABHfo6KEbEtT5_sPiyhZLflRO02XtODIjEtFP-RWLZ8bm65y9kPk2Q-ab0nQ_aem_pQy9Jl4OkQRJsOjQWOMeHg


Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kemasukan ke Sekolah Khusus, sila hantar email ke alamat permohonan skhusus@moe.gov.my