
Semester 3 STPM bagi tahun 2023 telah berakhir dengan berita yang dinantikan oleh pelajar-pelajar yang mengambil ujian ini sebagai sebahagian daripada penghujung perjalanan mereka dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Keputusan yang diterima bukan sahaja menentukan kejayaan mereka dalam subjek-subjek yang diambil tetapi juga memberi impak terhadap pilihan kerjaya dan kehidupan akademik mereka selepas ini.
Pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) semester 3 2023kini boleh membuat semakan keputusan mulai 3 Julai 2024.
Tarikh Semakan Semester 3 STPM 2023
Tarikh Semakan peperiksaan STPM semester 3 2023 boleh di buat mulai 3 Julai 2024 jam 10:00 pagi. Manakala bagi Rayuan Semak Semula Semester 3 STPM 2023, Bermula 3 Julai 2024 jam 12:00 Tengah malam.

Cara Membuat Semakan
Cara membuat Semakan peperiksaan boleh dibuat dengan 2 kaedah iaitu melalui portal MPM dan melalui SMS, berikut adalah langkah-langkah untuk membuat Semakan :
1.) Melalui Portal MPM
- Layari laman web portal MPM – https://stpm.mpm.edu.my/
- Klik Jenis peperiksaan yang ingin di Semak.
- Masukkan no. kad pengenalan.
- Keputusan peperiksaan dipaparkan.
2.) Melalui SMS
- Taip STPM<jarak>RESULTS1<jarak>No. KP atau:
- Taip STPM<jarak>RESULTU1<jarak>No. KP
- Hantar ke 15888
Rayuan Semakan Semula
Rayuan tersebut boleh dibuat melaleuca pautan – https://mecea.mpm.edu.my/SS_STPM/
Bayaran permohonan rayuan Semakan semula ialah RM50.00 bagi satu kertas Dan pembayaran boleh dibuat secara atas talian.
Keputusan rayuan adalah dalam tempoh 20 hair bekerja selepas tarikh tutup permohonan boleh disemak melaleuca pautan rayuan di atas.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai Semester 3 STPM 2023 : Semakan Keputusan dan Rayuan Semula, sila layari laman web Rasmi – https://www.mpm.edu.my/
