
Baru-baru ini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan reka bentuk baru Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) bagi tahun 2024. Ini merupakan kali kedua kemaskini yang dilakukan oleh pihak JPJ untuk memperbaiki Vehicle Ownership Certificate (VOC) sejak tahun 2016.
Sijil Pemilikan kenderaan adalah satu dokumen penting yang perlu dimiliki oleh setiap pemilik kenderaan di Malaysia. Dokumen ini membuktikan bahawa anda adalah pemilik yang sah bagi kenderaan tersebut.

Reka Bentuk Baru Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)

Selain daripada reka bentuk baru Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) iainya turut di lengkapi watermark logo JPJ untuk mengelak kes pemalsuan.
Bagi pemilik sijil pemilikan kenderaan sedia ada, anda tidak perlu risau, kerana sijil yang sedia ada tidak perlu ditukar kerna ianya masih boleh digunakan.
Perlaksanaan VOC
Nota : Bagi pemilik kenderaan lama yang masih belum menggantikan kad Pendaftaran Kenderaan (RC), anda boleh hadir ke pejabat cawangan JPJ berhampiran anda untuk bantuan bagi membuat pertukaran daripada Kad Pendaftaran Kenderaa (RC) kepada Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC).
Tujuan Perlaksanaan VOC
Tujuan perlaksanaan VOC ini, adalah untuk memudahkan lagiistem penyampaian perkhidmatan melalui transaksi atas talian agar urusan berkaitan dapat dilaksankan dengan mudah dan pantas.
VOC masih lagi merupakan satu perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mengandungi butiran pemilik dan kenderaan.
Cara Mendapatkan Sijil Pemilikan Kenderaan VOC
Ikuti langkah yang dikongsikan seperti di bawah untuk mendapatkan VOC atau Sijil Pemilikan Kenderaan Baru :
- Untuk kenderan baharu :
- VOC akan dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setelah pemilik mendaftar baharu
- Ia diproses semasa pendaftaran kenderaan di Pejabat JPJ atau pusat Khidmat JPJ yang diluluskan
- Untuk pemindahan pemilikan kenderaan terpakai :
- Pemilik baharu perlu mengisi borang pemindahan hak milik – Borang JPJ K1
- Maklumat pemilik baharu dan butiran kenderaan dikemas kini
- VOC baharu akan dikeluarkan atas nama pemilik baru
- Menggantikan VOC yang hilang/rosak :
- Lengkapkan borang permohonan VOC baharu – Borang JPJ k3
- Kemukakan dokumen sokongan seperti lesen memandu, laporan polis (jika hilang)
- Bayar bayaran pemprosesan yang ditetapkan
- VOC baharu akan dikeluarkan dalam tempoh masa yang tertentu.
- Semakan dalam talian :
- JPJ juga mmenyediakan khidmat semakan VOC dan pemikan kenderaan secara dalam talian
- Butiran kenderaan seperti pemilik & status pemilikan boleh disemak
- Untuk semakan atas talian, anda boleh logi menerusi aplikasi MySikap atau menerusi laman web rasmi Mysikap JPJ
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut anda boleh tes layari akaun media sosial jpj di sini – Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia