
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak SKAS 2025 merupakan sebuah inisiatif kerajaan negeri Sarawak untuk memastikan kesejahteraan rakyat di negeri ini terus terjamin. Program ini diperkenalkan sebagai langkah strategik untuk membantu golongan yang memerlukan, terutama yang terjejas akibat cabaran ekonomi dan sosial.
Syarat Kelayakan & Jumlah Bantuan
Penerima yang layak untuk menerima bantuan ini adalah warga Sarawak yang menetap di Sarawak sahaja.
Untuk jumlah bantuan dan kelayakan adalah :
- Mempunyai pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM800
- Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 ke bawah akan menerima bantuan bernialai RM400
- Bagi bujang pula pendapatan RM2,500 ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM250

Tarikh Bayaran SKAS 2025
Tarikh bayaran bantuan ini belum lagi dimaklumkan. Ia akan di kemaskini dari semasa oleh pihak yang berwajib

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai SKAS 2025 – Sumbangan Keperluan Asas Sarawak, sila rujuk terus :
- Laman web rasmi – https://www.tvsarawak.my/
- Facebook – https://www.facebook.com/unitkomunikasidanpenerangansarawak