
Skim Bantuan Pendaftaran 2024. Kerajaan Negeri Johor telah melancarkan Skim Bantuan Pendaftaran 2024 yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelajar dan ibu bapa dalam mempersiapkan keperluan pembelajaran mereka. Skim ini dibuka kepada warganegara Malaysia yang merupakan penduduk tetap Johor serta memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Inisiatif ini menjadi satu usaha berterusan kerajaan negeri untuk membantu keluarga berpendapatan rendah dan sederhana menghadapi kos pendidikan yang semakin meningkat.
Tarikh Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran 2024
Pemohon yang berminat boleh terus mengisi Permohonan secara atas talian mulai 6 September sehingga 31 Oktober 2024.

Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang diberikan menerusi skim bantuan ini adalah sebanyak RM500 secara one-off.

Syarat Permohonan
Syarat bagi permohonan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :
- Pemohon mestilah lahir atau menetap di Negeri Johor
- Permohonan terbuka kepada Semester Pertama program Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA, Kolej Matrikulasi, Kolej-kolej Komuniti dan Kolej-kolej di bawah KPYPJ bermula Januari 2024 – Disember 2024
- Tempoh kursus yang diikuti minimum 1 Tahun
- Pemohon tidak menerima mana-mana bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain
- Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran Sekali Sahaja mengikut sesuatu tahap pengajian
- Tiada had pendapatan Ibu Bapa / Penjaga
- Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta Kelulusan Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor
Cara Membuat Permohonan
Untuk membuat permohonan Skim Bantuan Pendaftaran 2024 Negeri Johor, anda boleh ikuti langkah-langkah seperti berikut :
- Layari laman web rasmi di pautan ini – https://bantuan-ypj.com/
- Klik butang “Daftar”
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang “Daftar”
- Log masuk dengan memasukkan ID dan kata laluan yang didaftar kan
- Muat naik dokumen sokongan permohonan
- Buat permohonan sehingga selesai
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang wajib yang perlu disediakan oleh pemohon adalah :
- Salinan Kad Pengenalan Pelajar
- Salinan Sijil Kelahiran Pelajar
- Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa atau Penjaga
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA, Kolej Matrikulasi, Kolej-kolej Komuniti dan Kolej-kolej di bawah KPYPJ (Terima Tawaran Kemasukan dari Januari 2024 hingga Disember 2024.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Skim Bantuan Pendaftaran 2024 Negeri Johor, sila terus layari laman web YPJ disini – https://portal.ypj.gov.my/
