
SMAN Pahang : Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Bagi Tahun 2025. SMAN merupakan sekolah yang dikelolakan di bawah kerajaan negeri dan di negeri Pahang, ianya dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Pahang.
Untuk makluman, Jabatan Agama Islam Pahang telah membuka iklan bagi permohonan kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang untuk tahun 2025.
Tarikh Permohonan SMAN Pahang
Untuk kemasukan Tingkatan 1 bagi tahun 2025 ke Sekolah Menengah Agama Negeri, ibu bapa boleh membuat permohonan pada :
- Permohonan Di Buka : 15 Oktober 2024
- Permohoanan Di Tutup : 30 November 2024

Syarat Kelayakan Kemasukan
Bagi syarat kemasukan ke sekolah berikut adalah :
- Terbuka kepada warganegara Malaysia, keutamaan kepada anak negeri Pahang Darul Makmur
- Tamat tahun 6 di sekolah bantuan penuh kerajaan atau setaraf dengannya
- Berkelakuan baik
TemuDuga & Ujian Kemasukan
Mereka yang memohon kemasukan perlu menghadiri temuduga dan mengambil ujian bagi melayakkan kemasukan seperti :
- Membaca al-Quran
- Menulis dan membaca jawi
- Pengetahuan agam islam
- Ujian Bertulis Seperti :
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Arab
- Pendidikan Islam
- Matematik
- Sains

Cara Mohon Permohonan SMAN Pahang
Permohonan SMAN Pahang kemasukan tingkatan 1 boleh dibuat menerusi langkah-langkah seperti berikut :
- layarai laman web permohonan di pautan ini – https://esma.pahang.gov.my/index.php
- Isi maklumat yang diminta dengan lengkap
- Setelah selesai mengisi maklumat dan membuat semakan, sila tekan butang “Hantar”
- Cetak slip dan hantar ke sekolah yang diminta bersama dokumen yang lain.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai SMAN Pahang, sila layari laman web rasmi di sini – https://esma.pahang.gov.my/index.php ATAU hubungi 09-4271111/1163