STPM 2025 : Jadual & Tarikh Peperiksaaan . Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) merupakan salah satu peperiksaan prauniversiti utama di Malaysia. Bagi tahun 2025, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah menetapkan tarikh-tarikh penting berkaitan peperiksaan ini. Artikel ini akan memberikan maklumat terperinci mengenai jadual dan tarikh penting bagi STPM 2025 untuk membantu pelajar merancang persediaan mereka.
Mata Pelajaran Peperiksaan STPM 2025
Terdapat 23 mata pelajar yang akan terlibat dalam peperiksaan tersebut iaitu :
KOD | MATA PELAJARAN |
---|---|
900 | Pengajian Am |
910 | Bahasa Melayu |
911 | Bahasa Cina |
912 | Bahasa Tamil |
913 | Bahasa Arab |
920 | Literature in English |
922 | Kesusasteraan Melayu Komunikatif |
930 | Syariah |
931 | Usuluddin |
940 | Sejarah |
942 | Geografi |
944 | Ekonomi |
946 | Pengajian Perniagaan |
948 | Perakaunan |
950 | Mathematics (M0 |
954 | Mathematics (T) |
958 | Informatian and Communications Technology (ICT) |
960 | Physics |
962 | Chemistry |
964 | Biology |
966 | Sains Sukan |
970 | Seni Visual |
932 | Tahfiz Al-Quran |
Tarikh STPM 2025
Tarikh peperiksaan STPM yang akan berlangsung pada tahun 2025 adalah seperti berikut :
- Semester 1 : 7, 8, 9, 13, 15 Januari 2025
- Semester 2 : 14, 15, 16, 17, 21 Julai 2025
- Semester 3 : 9, 10, 15, 16, 17, 18 Disember 2025
Bagi peperiksaan ulangan pula, peperiksaan ini akan berlangsung pada 2026 iaitu :
- Ulangan 1 : 13, 14, 15, 19 dan 20 Januari 2026
- Ulangan 2 : 22, 26, 27, 28 an 29 Januari 2026
Jadual Peperiksaan STPM 2025
Berikut adalah jadual semester 1 :
Dokumen Yang Perlu
2 Dokumen yang perlu dibawa sepanjang peperiksaan tersebut adalah :
- Kad Pengenalan
- Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC)
Kedua-dua dokumen ini perlu diletakkan di atas meja peperiksaan sepanjang peperiksaan berlangsung
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai STPM 2025, boleh terus hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia :
- Tel : 03-61261600 /1661/1662/1663/1664/1665
- Emel : stpm@mpm.edu.my
- Laman web : https://www.mpm.edu.my/