
STR 2025 : Jumlah Pembayaran Isi Rumah dan Bujang. Terbaru Kerajaan telah mengumumkan bahawa akan meneruskan lagi pembayaran bagi Sumabangan Tunai Rahmah (STR). Ini adalah salah satu berita gembira bagi rakyat Malaysia yang layak untuk menerima bantuan STR 2025 ini. Berikut adalah perkongsian bagi jumlah pembayaran untuk Isi rumah dan Bujang.
Jumlah Pembayaran STR 2025
Seperti sebelum ini bagi tiap tahun akan ada peningkatan untuk bantuan rakyat. Dalam belanjawan 2025, kerajaan juga telah meningkatkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk membantu lebih ramai rakyat serta mengurangkan bebanan kos sara hidup. Brikut adalah ringkasan bagi jumlah bantuan yang akan diterima :
- Kategori Isi Rumah : Bagi isi rumah dengan pendapatan RM2,500 ke bawah, bantuan maksimum telah dinaikkan kepada RM4,600 berbanding RM3,700 pada tahun sebelumnya. Peruntukan ini termasuk bantuan tambahan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
- Kategori Bujang : Bantuan untuk golongan bujang juga telah dinaikkan kepada RM600 bagi individu berpendapatan RM2,500 ke bawah.

Bantuan STR ini akan diagihkan mengikut beberapa fasa seperti sebelumnya. Pemberian bantuan ini juga bagi memastikan bantuan sampai kepada semua penerima yang layak.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai STR 2025 bagi jumlah pembayaran, anda boleh terus ke laman web rasmi – https://bantuantunai.hasil.gov.my/