
STR Fasa 4 2024 : Tarikh Bayaran & Semakan Status Bayaran. STR adalah satu inisiatif yang bertujuan untuk membantu mereka yang dalam golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Bantuan STR ini akan diberikan kepada penerima yang layak sahaja. Ikuti perkongsian bagi Tarikh Bayaran dan Status Bayaran STR tersebut.
Tarikh Bayaran STR Fasa 4 2024
Tarikh bayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 telah di umumkan pada bulan November 2024. Untuk tarikh rasmi belum lagi diumumkan.

Semakan Status Bayaran STR
Bagi mereka yang ingin membuat semakan status, anda boleh buat melalui pautan rasmi disini –
Anda juga boleh ikuti langkah-langkah seperti berikut :
- Klik Log masuk MySTR
- Masukkan No. Kad Pengenalan pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Kad Pengenalan pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran bantuan sebelumnya – Pembayaran Fasa 1 (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran bantuan Fasa 1
- Masukkan kata laluan
Bagi yang ingin mengetahui jumlah bayaran yang akan diterima bagi Fasa 4, anda boleh tolakkan amaun kelulusan dan jumlah yang telah dibayar. Bakinya itu adalah bayaran yang akan diterima bagi fasa akhir ini bagi tahun 2024. anda boleh rujuk contoh gambar di bawah :

Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai STR Fasa 4 2024, sila terus rujuk ke :
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Talian Bantuan Cawangan LHDNM – https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/TALIAN_BANTUAN_KHAS_KERAJAAN_CAWANGAN_LHDNM.pdf