
STR Fasa 4 : Tarikh & Jumlah Bayaran, Semakan Status Bayaran 2024 . Skim Bantuan Tunai Rakyat, juga dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR), adalah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu golongan yang memerlukan, terutamanya dari segi kewangan. Pada tahun 2024, kerajaan meneruskan fasa keempat program STR, yang merupakan salah satu usaha penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara.
Bagi tahun 2024, bantuan ini telah ditambahbaik dengan mewujudkan (SARA) Sumbangan Asas Rahmah, iaitu salah satu bantuan bulanan / tambahan khusus untuk golongan miskin, miskin tegar, B40 dan M40.
Tarikh Bayaran STR Fasa 4
Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa 4 adalah pada bulan November 2024.

Jumlah Bayaran Fasa 4 Setiap Kategori
Isi Rumah pendapatan RM2500 dan Kebawah
Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 4 (RM) |
0 / Tiada | 1000 | 200 |
1 > 2 | 1500 | 350 |
3 > 4 | 2000 | 500 |
5 atau lebih | 2500 | 700 |
Isi Rumah Pendapatan RM2500 ke RM5000
Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 4 (RM) |
0 / Tiada | 500 | 150 |
1 > 2 | 750 | 200 |
3 > 4 | 1000 | 250 |
5 atau lebih | 1250 | 350 |
Warga Emas Tiada Pasangan
Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 4 (RM) |
600 | 150 |
Bujang 21 ke 59 Tahun
Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 4 (RM) |
350 | 100 |
Cara Semak Status Bayaran STR Fasa 4
Bagi membuat semakan status bayaran STR Fasa 4, anda boleh buat semakan melalui pautan ini – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Panduan bagi membuat semakan status, anda boleh ikuti langkah-langkah seperti berikut :
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama Pemohon
- No Mykad Pemohon
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1`
- Masukkan kata laluan

Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai STR Fasa 4, sila rujuk :
- Laman web rasmi STR – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDM – https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/TALIAN_BANTUAN_KHAS_KERAJAAN_CAWANGAN_LHDNM.pdf