TESP 2024 : Permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari. Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP) 2024 merupakan salah satu inisiatif tajaan pendidikan yang diperkenalkan oleh Yayasan Pelajaran MARA (YPM) untuk menyokong aspirasi pelajar cemerlang di Malaysia. Program ini bertujuan membantu pelajar Bumiputera melanjutkan pengajian mereka di peringkat institusi pengajian tinggi dengan pembiayaan pendidikan yang komprehensif.
Bagi mereka yang berminat, permohonan penajaan telah dibuka bermula 26 November 2024 hingga 05 Disember 2024.
Cara Mohon TESP 2024
Permohonan penajaan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah seperti berikut :
- Layari laman web rasmi di pautan ini – https://educationloan.mara.gov.my/v4/sa/#/Login
- Klik “Daftar Sekarang”
- Isi butiran yang diperlukan dan klik butang “Daftar Akaun”
- Log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan kata laluan
- Isi maklumat permohonan dengan betul dan lengkap
- Klik butang “Hantar Permohonan”
Sila ambil perhatian bahawa Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas dari 3 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.
Garis Panduan Permohonan
Garis panduan permohonan boleh dirujuk melalui file yang tersedia di bawah :
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai TESP 2024, sila hantar email ke alamat seperti berikut :
- tespua@mara.gov.my (Permohonan di IPTA)
- tespipts@mara.gov.my (Permohonan di IPTS)
- tespglugmi@mara.gov.my (Permohonan di GLU dan GMI)
- tespunikl@mara.gov.my (Permohonan di UniKL)
- tespkptm@mara.gov.my (Permohonan di UPTM/KPTM)
- ictbpp@mara.gov.my (Bagi masalah teknikal semasa permohonan)