
UPUOnline Lepasan STPM 2024/2025 : Permohonan & Semakan Keputusan Rayuan. UPUOnline adalah salah satu sistem atas talian yang diwujudkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi tujuan permohonan calon bagi memasuki IPT di dalam negara.
Bagi Pelajar lepasan STPM yang telah membuat permohonan kemasukan rayuan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi sesi 2024/2025 menerusi sistem UPUOnline, semakan permohonan keputusan rayuan UPUOnline kini boleh dibuat bermula 4 Oktober 2024 (Jumaat)
Bagi para pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan sebelum ini, mereka kini diberikan peluang untuk membuat permohonan rayuan.

Permohonan Rayuan
Bagi pelajar yang gagal mendapat sebarang tawaran program pengajian sebelum ini, mereka kini boleh mengemukakan rayuan melalui UPUOnline.
Untuk kemasukan ke UA, permohonan rayuan boleh dibuat menerusi pautan ini – https://upu.mohe.gov.my/ dan untuk rayuan ke Kolej Politeknik dan ILKA, rayuan boleh dibuat terus ke institut berkenaan tanpa melalui UPUOnline.
Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk pada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dijalankan
Semakan Rayuan UPUOnline Lepasan STPM 2024/2025
Semakan untuk rayuan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut :
1. Lawan Web
- Layari laman web :
- Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik Semak
- Keputusan permohonan dipaparkan
2. Aplikasi Telefon Pintar
Selain itu, semakan juga boleh dibuat menerusi aplikasi telepon pintar UPUPocket yang boleh dimuat turun di :
- Google Play Store
- Apple Store
- Huawei App Gallery

Pengesahan Tawaran
Bagi pelajar yang berjaya dalam permohonan mereka, pengesahan setuju tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 5 Oktober sehingga 12 Oktober 2024 setelah pelajar membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai UPUOnline Lepasan STPM 2024/2025, sila hubungi :
- Maklumbalas UPU : https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
- Emel : upu@mohe.gov.my
- UPUChat : https://upuchat.org/